My Hero Kechik - Ilham Syahmi

I Love Carrot ;)

Friday, January 27, 2012

Alhamdulillah.. dari hari ke hari Ilham dah boleh terima solid food yang saya cuba perkenalkan. So far baru 3 jenis buah-buahan saja yang saya bagi pisang, avocado dan carrot. Awal2 dulu memang dia macam tak suka pisang..lama2 suka la pulak. Avocado pun sama, mula2 makan sambil sembur2, sekarang dah ok dah. Setiap apa yang saya bagi dia makan, saya pastikan saya akan merasa dulu baru bagi Ilham.
Cuti2 yang lepas, gigih memberi puree carrot. Ilham suka carrot nampak gayanya. Good boy! Makan carrot banyak2 biar mata sihat dan terang selalu jangan rabun macam ummi dengan babah hahaha. (macam Mommy Ngah.. Auntie Ita and Uncle Kamarul yang rabun ayam tu sekali)
Nahhh.. tengok gambar ni.. betapa sukanya dia dengan carrot ;)
2012-01-25 13.09.07
Nyum2.. I Love Carrot ;)
2012-01-25 13.09.41
Suap lambat sikit terus meradang.. sampai dirampasnya sudu pada tangan ummi.. ohhh ini aksi dia sendiri ye bukan paksaan ummi suruh dia pegang sudu.. no no no..hehehe ummi dia je yang sepantas kilat capai henpon ambil gambar dia ni untuk kenang2an :) Lepas dah snap terus ambil sudu tu..kang tercekik kang bahaya.. kesian hero kechik ummi..
2012-01-25 13.13.40
Yeaay! Saya dah comot koreng makan puree carrot ummi saya buat.. sedappppppp tau ;)
2012-01-25 13.16.45
Perut dah kenyang.. mari kita posing perasan comel..ngee~
Sebelum siap2 bagi makan tu, saya dengan gigihnya sekali lagi telah menyiapkan puree carrot dan puree nasi untuk bekalan Ilham di rumah BS. Dapatlah dua mangkuk puree carrot dan dua mangkuk puree nasi untuk di frozenkan.
Taraaaaaaaaaaaaaaa.. :)
2012-01-25 13.04.31
Puree Carrot
Stim atau rebuskan carrot yang dipotong nipis, kemudian blender. Siap!
Kali ni saya rebuskan dan air carrot tu saya ambil blend sekali supaya zat2 si carrot tak hilang.
2012-01-25 14.18.22
Puree Nasi
Tanak beras sampai menjadi bubur, kemudian blender sehingga hancur lebur :)
Siap!
2012-01-25 15.19.55
Ready untuk di frozenkan! :)
dah macam bukak bisnes frozen food pulak rasanya.. hahaha
Semuanya untuk memudahkan lagi tugas2 ibu yang bekerjaya seperti saya. Jimat masa kan. Jadi tak ada alasan kenapa kita tak boleh sediakan homemade foods untuk baby kita kan. Nak dengan tak nak je la merajinkan diri menyediakan makanan untuk anak kan. Mudah2an saya sentiasa sihat dan rajin untuk bagi bekalan air tangan saya untuk hero pojaan hati hehehe~
Malam sebelum tidur, saya masih ketung ketang di dapur.. buat apa??? haaaaa.. ni la kerja saya hehehe~ Memblender ikan bilis jepun untuk menyedapkan rasa puree nasi Ilham ngee~ Kenapa saya beli ikan bilis jepun, sebab saya tengok macam ok je, tak ada tulang2 tajam tu.. bila blend pun nampak betul2 hancur.
2012-01-25 23.15.22
Ni dia.. ikan bilis jepun beli kat Mydin hahaha~
2012-01-25 23.27.53
Basuh sekejap dan sangai ikan bilis sebelum di blender..
2012-01-25 23.37.19
Ni hasilnya bila dah memekak blender tengah malam :)
Maka settle lah misi saya menyediakan frozen solid food untuk budak cenonit itu. Pagi2 sebelum pergi kerja, cekut sikit2 letak dalam bekas lain dan bekalkan ke rumah BS. Mudah saja kan hehehe. Selamat merajinkan diri mommies :)

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

  1. bulat betol biji mata ilham nih...meh sini nk cubit pp dia

    ReplyDelete
  2. nor>>hehehe..mate tu sepet saje dibulatkn hhehe

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!