Baby Development

Ilham.. 6 Months Oredi.. Alhamdulillah! Achieved My Breastfeeding Target ;)

Saturday, January 14, 2012

yeay! saya dah 6 bulan :)
Alhamdulillah.. syukur padaMu Ya Allah.. genap 6 bulan usia hero kechik saya Ilham Syahmi. Sekejap je kan masa berlalu, dah setengah tahun dah menjadi ibu. Rutin hidup memang totally changed. Banyak benda baru yang saya belajar.
Alhamdulillah.. dalam usia 6 bulan ni nampak banyak perkembangan positif Ilham. Dah semakin pandai berinteraksi dengan orang sekeliling. Dah pandai mengecap2 bila tengok ummi dan babah makan.. dah tak sabar la tu kan. Gigi yang sebatang makin jelas keluar dan macam nak menyusul gigi baru lagi. Saya biarkan Ilham berkembang dengan cara dia sendiri dalam pengawasan kami. Insya’Allah hari ni saya akan perkenalkan solid food kepada Ilham. Mudah2an air tangan ummi akan memberikan keberkatan pada diri Ilham.
Pada saat 6 bulan ini jugalah mencatatkan kejayaan saya menyusukan Ilham secara eksklusif. Rasa syukur yang tak terhingga.. dengan izin Allah saya diberikan rezeki dan kekuatan untuk menyusukan Ilham dengan susu ibu sepenuhnya. Saya tolak semua kata2 negatif, saya pertahankan niat dan usaha saya. Saya cuba tanamkan segala yang positif alhamdulillah tercapai juga 6 bulan yang pertama. Jauh lagi perjalanan penyusuan saya ni, saya akan teruskan target sehingga setahun.. kemudian setahun setengah dan seterusnya 2 tahun. Harap2 Allah permudahkan segalanya.
Biarlah orang nak kata apa yang penting ini pencapaian saya sebagai seorang ibu. Saya harus “menepuk bahu saya sendiri” dan mengucapkan “tahniah” kepada diri saya sendiri. Mudah2an saya diberi kekuatan untuk memberikan susu ibu kepada zuriat2 yang akan datang.
Kekuatan saya ni datangnya dari dorongan dan sokongan padu yang tak berbelah bagi daripada suami tersayang.. kerjasama dari permata hati saya.. kata2 semangat dari family dan rakan2 seperjuangan.. terima kasih yang tak terhingga.. doakan saya supaya dapat meneruskan perjuangan 1 tahun 6 bulan lagi.
Dari saat Ilham dilahirkan memang tak pernah terlintas langsung dalam hati saya nak beli susu formula. Tak pernah terdetik dalam hati yang susu saya tak cukup, saya yakin rezeki yang Allah bagi ni memang cukup untuk anak saya. Alhamdulillah saya berjaya  mengajak En. Nazir sama2 memahami dan mendalami kebaikan khasiat susu ibu. Apa yang lebih membanggakan saya bila mana suami saya berusaha sama2 untuk menambah ilmu dari buku2 yang saya beli dan berkongsi kebaikan susu ibu ni pada kawan2 dia. Tak pernah sekali pun dia meng’offer’ nak membeli susu formula.. dia tahu dan menghormati niat dan usaha saya untuk memberikan susu ibu kepada zuriatnya. Alhamdulillah.. thanks En. Nazir :)
Untuk Ilham sayang.. thanks sebab bagi kerjasama pada ummi untuk memberikan yang terbaik pada Ilham. Mudah2an Ilham membesar dengan sihat, mendapat keberkatan dari susu ibu yang mengalir dalam tubuh Ilham dan menjadi anak soleh ye sayang. Doakan ummi sihat supaya ummi dapat terus memberikan khidmat kepada Ilham. Love both of u my heroesssssss ;)
Award ni untuk kita sayang! :)
“DIPLOMA IN BREASTFEEDING” ;)
6 MONTHS BREASTFEEDING AWARD
{GARNET} **
SEKADAR CATATAN PERIBADI SEORANG IBU**

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

  1. yay!!!Hepi utk awak skali..saya jauhhhh lagi perjalanan nihhh..baru separuh perjalanan awak..n jauh lagi nk target smp 2 tahun tu..stok susu insyaAllah la bekalan utk sebulan tu dh ada..so dgn rasminya nurina akan menyusu selama 4bulan dah..hihihihi...caiyuk2 for us!!

    ReplyDelete
  2. genny>>chaiyok2..mudah2an kite same2 bjaye..hoyeahhhhhhhh..

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!