My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Makanan Bayi Mengikut Usia 6 Bulan & Persediaan Ummi Ilham ;)

Friday, January 13, 2012

Info sharing.. Makanan Bayi Mengikut Usia 6 bulan:)
Sekadar berkongsi maklumat dan yang penting untuk rujukan saya sendiri. Saya adalah ibu baru yang kurang ilmu jadi segala sumber ilmu yang ada akan saya guna pakai demi untuk memberikan yang terbaik kepada permata hati saya.. Enjoy reading :)
Masa usia enam bulan, anda mungkin sudah dapat perhatikan tanda-tanda yang bayi sudah bersedia untuk meluaskan dietnya. Pada ketika ini, dia sudah dapat menegakkan kepalanya sendiri dan akan hilang refleks merodok lidah (tongue thrust) yang bermakna dia sudah boleh belajar mengambil makanan selain makanan cecair sekarang. Dia juga akan mula menunjukkan minat terhadap makanan di pinggan anda, memerhatikannya dan mungkin akan cuba mencapainya.
Namun, ini tidak bermakna yang bayi anda sudah pandai duduk dan makan dengan garfu dan pisau. Sebenarnya, makanan awal bayi pada mulanya bukanlah pepejal; malah, makanan awal sepatutnya bersifat separa cecair sebab kemahiran mengendalikan pemakanan adalah kemahiran yang dipelajari oleh bayi secara perlahan-lahan.
Jadi pada awalnya apakah makanan yang boleh dicuba? Makanan awal yang selalu disyorkan ialah bijiran beras ditambah zat besi khas untuk bayi sebab mudah dicerna dan memang diketahui akan tidak mencetuskan sebarang reaksi alergi. Kementerian Kesihatan juga menyarankan bubur nasi masakan rumah.
Mulalah dengan mencampurkan satu sudu kecil bijiran dengan empat atau lima sudu kecil susu badan, susu formula, atau air masak suam. Anda boleh menggunakan sudu bayi tetapi sesetengah pakar menyarankan supaya anda menggunakan jari saja, tetapi pastikan ianya bersih. Secara ringkas, cecahkan hujung jari anda ke dalam campuran bijiran dan suapkan bayi anda. Jangan harapkan yang dia akan makan banyak pada satu-satu masa – perut bayi yang kecil hanya dapat mengisikan hidangan yang sedikit, dan sebahagian besar nutrisinya akan terus datang dari susu badan atau susu formula untuk beberapa bulan ke depan lagi.
Makanan lain yang boleh anda mulakan pada usia enam bulan termasuklah puri buah-buahan seperti pisang, pir dan epal, dan sayur-sayuran seperti karot, labu dan kubis bunga. Anda juga boleh mencuba sayur-sayuran berkanji seperti ubi kentang dan ubi keledek. Di usia ini, adalah penting untuk memberikan bayi anda makanan berperisa lauk-pauk di samping yang manis, jika tidak, dia akan membina kegemaran terhadap makanan manis. Bacalah artikel kami mengenai apakah makanan semasa cerai susu dan bilakah diperkenalkan untuk maklumat lanjut.
{credit info: Baby Center Malaysia}

+++++++++++++++++++++++

Persediaan saya untuk menambah ilmu selain dari pembacaan di internet..

“Mama Saya Lapar” ni saya beli online di E-Mumshop RM19.90
Berbaloi rasanya beli buku ni hasil penulisan Wardina Safiyyah. Banyak info pengalaman yang dikongsi dalam buku ni termasuklah kebaikan susu ibu. Ada juga petua2 dan dialog untuk menarik minat anak untuk makan yang boleh diguna pakai.
Next..
Majalah Rasa keluaran Januari 2012 yang memuatkan menu2 harian anak..
Ada macam2 menu dari solid food for baby hinggalah untuk anak2 yang dah membesar. Kalau tengok gambar tu pun memang kecur air liur. Harap2 saya bukan sekadar membeli dan membaca saja, saya harap saya dapat mengaplikasikan segala resepi2 yang ada.
Persediaan untuk esok, for the first time nak bagi Ilham solid food saya telah mengajak En. Nazir pergi mencari bahan2 semalam. Tak ke mana pun ke Mydin, Anjung Nusajaya je. Angan2 ummi yang berangan ni nak buat puree untuk hero kechik kesayangan. Insya’Allah saya nak menggunakan “4 days wait rules”
The “4 Day Wait Rule” is a really simple way to check for possible reactions to new foods such as food sensitivities or food allergies. Remember that in addition to possible allergic reactions, foods can also cause digestive troubles like tummy pains, painful gas or even poop troubles. Introduce new foods, one food at a time and at a space of 4 days apart. For example, introduce baby to avocado on Monday and then wait until Thursday to introduce another food.
When you introduce a new food over the course of several days, you are better able to determine exactly how your baby is reacting to that food.  It is important to follow the “four day wait” rule when introducing your baby to new solid foods, especially in the beginning stage. This is most important if you and/or your family members have a history of food allergies.
Following the four day wait rule and introducing new foods one at a time will also enable you to easily begin an ”elimination diet.  If you suspect your infant has had an adverse reaction to a new food, you will have just a few foods to look to as the culprit.
  {credit info: wholesomebabyfood}
Semalam sempatlah menyambar avocado, pisang, carrot, tapis dan bekas plastik untuk simpanan. Angan2 ummi si Ilham nak buat frozen puree untuk stok seminggu. Hand blender yang saya idamkan tu belum dapat lagi. Nantilah dulu baru beli. Perancangan saya nak try buat puree pisang dulu. Harap2 Ilham boleh terima dan bersedia untuk his first solid food :)
Nilah budak yang dah tak sabar2 nak mamam tu :) padahal ummi dengan babah yang eksaited terlebeyhhhh ;)
Ilham yang tabah menunggu ummi dan babah isi perut ;)

saya dah lapar la ummi.. tu yang saya hisap kaki ni ;)

Nahhhhh.. nak tayang menu makan malam saya semalam.. saya makan Yong Tau Fu dan En. Nazir makan Steamboat Kuah Kacang kat Anjung, Nusajaya tu. Boleh tahan la sedap, tapi tak ada la power sangat ;) Aeh.. ni nak cerita pasal makanan anak ke makanan mak bapak ek hehehe.


Oklah.. kawan2 doakan saya diberi kudrat untuk menyediakan homemade food untuk permata hati saya tu ya. Mudah2an impian saya tercapai.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!