My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Ilham.. 7 Months Oredi..

Tuesday, February 14, 2012

Alhamdulillah.. hero kechik ummi dah genap 7 bulan hari ni. Nak masuk 7 bulan je terus tak sihat. Semalam bawak pergi klinik sebab Ilham batuk2 dan pagi ni dah start selsema. Dalam minggu ni memang tak boleh langsung nak berenggang dengan ummi. Pantang nampak bayang teruslah merengek minta di dukung. Kata babah “Ilham dengan ummi dah macam belangkas” hahaha. Sampai satu tahap dah tak nak berpisah, ummi kelek masukkan dalam baby carrier sambil buat kerja, baru la dia diam kena bawak ke hulu ke hilir.
Perkembangan untuk 7 bulan.. dah semakin tak reti duduk diam dah. Kalau dulu bila ummi dan babah nak makan kat luar sambil tunggu giliran makan tu dia boleh lagi duduk diam2 kena pangku. Kalau sekarang mak oi.. bergolek2 dia kat pangku rasa macam tak lama lagi muscle ummi boleh terkeluar dibuatnya :) (ohhh..berangan la ummi dia ni). Gigi dua batang dah semakin jelas, tak tahulah kalau2 bulan ni keluar lagi sebatang. Bila gusi dia gatal, dia mula la nak menghisap jari2 dia kadang jari2 sesiapa yang pegang dia. Ada masa dia mendengki ummi, tengah menyusu dia gigit sambil senyum.. ouchhhh.. sakit la ummi sayang oiiii ;)
Nah ni dia budak manja yang dah 7 bulan tu :)
Lena ditiup angin sepoi2 bahasa kat Tunas Gemilang Car Wash.. teman ummi dengan babah cuci kereta :)
Tidur sambil memikirkan masalah negara.. ;)
Sekejap je kan dah 7 bulan.. lepas tu 8 bulan.. 9 bulan.. 10 bulan.. 11 bulan.. uisyhhh setahun. Betapa cepatnya masa berputar.. syukur alhamdulillah dengan kurniaan Allah. Semoga Ilham menjadi anak soleh dan berjaya di dunia dan akhirat. Amin. Next entry saya share “Perkembangan Bayi Dalam Usia 7 Bulan". Stay tuned :)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!