Macam biasa aktiviti MESTI setiap kali weekend menjelma.. menyediakan stok bubur frozen plus puree Ilham untuk seminggu. Untuk kali ni, stok puree carrot, puree brokoli dan puree labu.
Puree carrot, puree brokoli dan puree labu.. kalerful gitu kan :)
Puree bubur nasi yang kaler putih tu..
Tugas saya bangun pagi memanaskan semangkuk puree bubur tu, dicampur mana2 puree lain di atas dan sesudu ikan bilis yang dah di sangai dan diblend. Saya panaskan semula supaya tak ada lah Ilham sakit perut kang makan bubur beku ekeke. Biasanya puree yang kat atas tu saya akan belah jadi 4 bahagian. Tak semuanya dalam mangkuk tu saya lebur dalam periuk. So far Ilham suka je makan bubur, tak pulak dia mengelak atau menangis nak makan. Saya gilir2kan la tukar2 kalau hari ni carrot esok brokoli lusa labu dan sekarang tambah lagi satu bayam.
Ada yang tanya kenapa saya tak bagi nestum? Senang je jawapan saya, saya tengah berusaha nak memberikan yang terbaik untuk anak saya. Jadi sebelum dia menjamah nestum, apa kata sebagai ibu saya merajinkan diri saya untuk buatkan homemade food untuk anak saya. Tak salahkan? Senang je pun. Lagi baik apa makan air tangan ibu. Tolonglah hormati keputusan saya ni. Jangan suka suki komplen macam saya tak ada perasaan. Saya tak minta pertolongan sesiapa pun, semuanya saya buat sendiri. Suami saya pun menyokong dan menghargai apa yang saya buat untuk anak kesayangan dia tu. Jadi tak perlu pertikaikan. Selagi tulang empat kerat saya berfungsi, saya akan berusaha memasak untuk anak saya. (dah jadi sesi luahan perasaan pulak.. ooppsssss sorry ;) )
Ok, ni isi perut freezer saya :)
taraaaaaaa.. ;)
Frozen EBM yang tak berapa meriah tapi alhamdulillah cukup menampung keperluan Ilham. Sejak dah makan ni, bekalan EBM hanya 10oz sehari. Alhamdulillah syukur, rezeki susu masih   cukup untuk Ilham. Mudah2an Allah banyakkan lagi rezeki untuk Ilham. Amin :) 1 year and 2 months to go! Chaiyok2 ummi and Ilham ;)