My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Ilham 9 Months.. Oredi ;-)

Saturday, April 14, 2012



Sebulan lagi bertambah usia hero kechik ummi ni.. 9 bulan sudahhhh.. how time flies kan.. Alhamdulillah syukur atas nikmat menjadi seorang ibu.. Thanks Allah :)
**ummi will stop counting until Ilham turn 1** ;)
Ok.. paling saya bersyukur Ilham masih lagi dapat merasa susu ummi dia.. Alhamdulillah.. mudah2an murah lagi rezeki Ilham.. ummi takkan pernah putus asa dan akan sentiasa berusaha memikul beg pam ke ofis even digelar “Makcik jual kopok” ;) Lately.. ramai yang masih bertanya saya, bila nampak saya mengusung beg pam.. masih menyusukan ke? dan jawapan saya.. ALHAMDULILLAH rezeki anak saya masih ada. Kalau mendengar cerita orang sekeliling yang kering susu selepas seminggu dua minggu bersalin, saya rasa saya dan Ilham  amat2 bertuah dengan rezeki Allah ni.. Semoga susu yang mengalir ke dalam tubuh Ilham akan memberikan seribu satu hikmah.. Amin..
So Ilham sayang.. award ni untuk kita..kerana dah berjaya melepasi cabaran bulan ke 9.. looooooooooooonnggggggg way to go baby! :)
9 Months Award [Amber]
Another 1 year and 3 months to achieve our target!
ENJOY BREASTFEEDING.. lalalalala~
{p/s mood kena sentiasa happy..fikiran kena sentiasa positif..insya’Allah bertambah susu pemberian Allah.. saya doakan ibu2 seperjuangan dengan saya juga berjaya mencapai target kita}
Ok, jom jengah apa hero kechik saya buat :)
Gambar ni ummi snap masa cuti hari tu. Budak kecik ni dah semakin aktif sekarang.. baik je dari demam hari tu terus memapah2 nak berdiri.. walaupun tak pandai merangkak langsung hehehe. Time ni ummi khayal sekejap je, sekali tengok dia dah berdiri dah.. bertuah punya anak :) Elok je ummi nak snap dia ketawa.. lepas tu mulut bising mengomel bahasa dia terjerit2.. maybe nak bagitau “Ummi.. Ilham dah pandai berdiri sendiri..” Walaupun dah boleh berdiri sendiri, tapi ummi dengan babah masih lagi mengawal rapi rumah pun dah macam kawasan nak main paintball.. banyak2 kubu2 pertahanan kena buat.. kalau tak habis semua dia redah :)
Duduk sekarang dah pandai.. tapi ada time macam malas juga nak duduk budak kecik sorang ni.. Masa ni ummi tengah suap makan.. Ilham terpaksa redha sebab ummi nak jadi blogger tegar semua pun nak snap hehehe. So far selera makan dia alhamdulillah mencanak2.. sehari kalau ummi bekerja dia akan makan 3 kali mengikut laporan Ibu Zura.. bubur ummi bekalkan cukup untuk 2 kali makan ditambah petang ummi bekalkan baby bites untuk Ilham kunyah2 sambil tunggu ummi balik ;)
Sekarang ni Ilham on off demam time malam.. siang pun kadang2 dedar jek.. ni semua gara2 gigi kapak yang dah terkeluar separuh tu.. ohhh sangat scary time Ilham ngempeng.. sebab kadang2 dia suka dengki ummi main gigit2.. ouchhhh sakit sayang oiii.. ummi babab awak kang hehehe.. petua orang2 tua, kalau anak nenen sambil gigit.. sila bertindak segera dengan memici hidung dia.. maka akan dilepaskanlah gigitan dari gigi dia yang tajam itu :)
Oklah.. stop dulu nanti next entry cerita “Perkembangan Bayi 9 Bulan”. Stay tuned ye.. Nak tidur esok nak bangun pagi2.. nak balik kampung Parit Jabar, Senggarang sebab babah Ilham nak mencari rezeki sampingan :)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!