Thursday, April 05, 2012

Perkembangan Bayi Pada Usia 8 Bulan



{Entry tertangguh.. Perkembangan Bayi Pada Usia 8 Bulan walaupun hero kechik saya dah nak menginjak ke 9 bulan.. macam biasa nota merah sedikit perkembangan Ilham..}
Free styler ;)
**sila abaikan babat babah itewwww**
Duduk, merangkak dan berdiri
Sekarang, bayi anda sudah berusia lapan bulan jadi dia sudah mula duduk dengan baik tanpa dibantu dan mungkin sudah merangkak atau bergerak ke sana sini dengan menyeret punggungnya (punggung bergeser laju, tangan diletak ke belakang dan kaki ke depan digunakan untuk berlonjak). Bayi anda juga mungkin sudah boleh menarik badan naik ke atas untuk berdiri sambil berpegang kepada perabot. Malah, jika anda dirikan bayi anda di tepi sofa, dia mungkin boleh mengekalkan kedudukan berdiri ini sambil menahan sedaya upaya supaya tidak terjatuh dengan menggunakan perabot untuk bergantung.
Kebolehan bergerak yang baru diperolehi ini menunjukkan bahawa bayi anda sudah mula menempuhi fasa pergerakan langgar dan tumbang. Ini adalah sebahagian daripada tumbesaran kanak-kanak yang tidak dapat dielakkan, dan walaupun kadang-kala jantung anda tersentak sebentar, jangan bimbang, malah cubalah menikmati bagaimana bayi anda menerokai persekitarannya dan menyedari batas-batasnya. Jika anda dapat menahan gerak hati anda daripada melindungi bayi anda, ini membolehkan dia membesar dan belajar secara sendiri. Walau bagaimanapun, anda haruslah berusaha untuk memastikan rumah anda selamat untuk bayi anda. Sebagai contoh, anda perlu melindungi objek-objek yang mudah pecah (supaya tidak jatuh) dan menyimpan perabot yang kurang kukuh di dalam bilik yang jarang dimasuki oleh bayi.
**Ilham dah boleh duduk dah.. tapi duduk sendiri masih tak terror lagi.. bab merangkak memang tak pandai langsung..tak pernah nampak lagi dia merangkak.. tup2 dah memapah2 nak berdiri.. ada sekali tu saya tak perasan tiba2 tengok dia dah berdiri dan berpegang pada perabot tv.. tanjat ummi tngok tau.. sekarang kat rumah kusyen ke bantal ke mesti kena kepong kat kawasan2 merbahaya.. hari tu dah dapat upah sekali kepala terhantuk sebab menyusu sambil tertonggeng2 sekali pusing kanan bedegummm kepala terhantuk.. 
Menggunakan tangan
Bayi anda akan cuba mencari objek yang telah jatuh dan menggunakan jari telunjuknya untuk menunjuk ke arah objek itu. Kini, bayi anda juga mahir menggunakan jari jemarinya untuk mengaut sekeping makanan dan menggenggamnya dengan jari yang tertutup rapat, dan dia juga telah belajar membuka tangan dan jari-jemarinya secara sedar untuk menjatuhkan atau melontar objek. Dia mungkin akan mula memahirkan dirinya untuk pegangan menyepit, iaitu satu cara pengendalian yang rumit yang membolehkan dia mengambil objek kecil dengan ibu jari, jari pertama dan jari keduanya.
**Huwaaa.. budak techik ni memang sukaaaaaaaa sangat cubit2..genggam jari jemari dia kat badan kita.. menjerit2 mangsa2 dia tau terutama ummi dan babah dia.. dan tak lupa mommy ngah yang selalu kena cengkam hehehe..mamacu pulak selalu jadi mangsa mengutip mainan dia.. sebenarnya dia saja nak bagi exercise kat mamacu tu bagi kurus sikit hahaha..
Sifat semakin emosional
Kini, emosi bayi anda adalah semakin jelas. Bayi anda mungkin akan melakukan pelbagai muslihat, contohnya, menghantar ciuman kepada orang yang dikenalinya, dan mungkin akan mengulangi perbuatan itu jika diberi tepukan. Bagi bulan-bulan yang seterusnya, bayi anda akan belajar memahami dan meniru emosi tertentu dan mungkin akan menunjukkan cetusan empatinya yang pertama. Contohnya, jika dia melihat seseorang menangis, dia juga mungkin akan mula menangis.
**So far bila dia dengar baby lain nangis mulut dia terlopong mata terbeliak.. ada sekali tu saya pernah buat nangis.. sekali tengok dia pun mencebik hehehe**
Apabila berpisah
Pada usia ini, kebanyakan bayi biasanya sudah mula menunjukkan tanda-tandakebimbangan berpisah dengan ibunya. Bayi anda akan mula menjadi segan atau bimbang apabila berhadapan dengan orang asing, terutamanya jika dia penat atau meragam, dan jika anda tidak berada dekat dengannya atau bersamanya, dia akan susah hati. Walaupun anda tidak suka melihat bayi anda bersedih, adalah penting dibenarkan bayi anda melalui pengalaman ini. Masa-masa anda meninggalkan bayi anda dan kembali semula, anda membuktikan kepadanya bahawa anda akan sentiasa kembali, dan ini akan membantu bayi membina kepercayaan dan kebolehannya untuk merapatkan diri dengan orang lain.
Masa-masa anda meninggalkan bayi anda, ciumlah dan peluklah dia dan beritahunya bahawa anda akan kembali. Jika dia takut atau terus bersusah hati, ambil masa yang lebih lama untuk menenang dan meyakinkan dia. Sukar untuk tidak menangis apabila melihat bayi anda mula menangis, tetapi tangisan anda hanya akan memanjangkan lagi kerumitan ini. Elok juga jika terdapat orang yang biasa dengan bayi anda (pastikan bukan seorang pengasuh yang baru) untuk menenangkannya. Jika bayi anda menjadi gelisah apabila berpisah dengan anda pada waktu malam, luangkan lebih masa sebelum menidurkannya untuk memeluknya sambil membaca, berdakap dan menyanyi dengan lembut bersamanya.
Sesetengah bayi mudah untuk berpisah dan sesetengahnya tidak – ini bergantung kepada pembawaan mereka. Setiap anak adalah berbeza, begitu juga tahap penenteraman yang mereka perlukan. Jika anda dapati bahawa bayi anda memerlukan lebih penenteraman, janganlah rasa bersalah untuk melakukannya dan jangan juga bimbang jika anda perlu memanjangkan proses ini. Anda seorang yang mengenali bayi anda lebih daripada orang lain, jadi ikutlah kata hati anda.
**Semenjak Ilham baik demam hari tu, memang susah gila nak berpisah dengan saya.. pantang nampak bayang.. kalau tak ambil nanti mulalah dia buat suara nangis mendayu2 yang mencairkan hati ummi ;) Last week paling susah nak hantar ke rumah BS.. sampai depan pintu BS je dia dah genggam kuat tudung dan peluk ummi kuat2..confirm lepas bagi kat ibu zura, dia menangis nak kat ummi semula.. tabahkan je la hati nak keluar pergi kerja tu dengar suara dia menangis kan..
Mengeksplorasi objek
Pada waktu ini, kebanyakan bayi akan meneroka objek dengan menggoncang, menghempas dan menjatuhkan objek sebelum kembali kepada cara pengujian yang paling baik baginya, iaitu mengunyah objek tersebut. Idea bahawa kitamelakukan sesuatu kepada objek sudah mula timbul, oleh itu, elok sekiranya disediakan tempat di mana terdapat banyak barang yang boleh dibaling, dicucuk, dipusing, dipicit, digoncang, dijatuhkan dan dibuka oleh bayi anda dan ini akan measyikkannya.
Pada tahap ini, bayi-bayi suka melihat benda-benda jatuh, dipungut semula (tentu sekali anda yang memungutnya) dan dibaling semula. Bayi anda bukannya cuba membuat anda marah dengan perangainya ini; dia hanya mendapati perbuatan ini menarik dan mahu melihatnya berulang kali.
Kini, bayi anda juga faham bagaimana suatu objek berhubung kait dengan objek yang lain. Contohnya, dia menyedari bahawa benda yang lebih kecil boleh muat ke dalam benda yang lebih besar. Bayi anda akan dengan mudah mencari barang yang anda sembunyikan, dan dia akan menunjuk kepada gambar yang betul yang disuruh cari. Dan untuk beberapa bulan yang seterusnya, bayi anda akan mula menggunakan objek secara tepat – memberus rambutnya, minum dari cawan dan membebel dengan menggunakan telefon mainannya.
**Part yang ni memang selalu je Ilham buli mamacu dia.. sebenarnya Ilham saja nak bagi mamacu kurus.. dapat mainan pada tangan dibalingnya.. nanti bila kita kutip semula dia baling lagi.. syok agaknya tengok kita aktif layan dia.. hehehe..semua barang pantang dibiar cepat je nak masuk mulut..
Penglihatan yang semakin baik
Bagi bayi anda penglihatannya kini hampir sama seperti orang dewasa dari segi kejelasan dan persepsi kedalaman. Walaupun penglihatan jarak dekatnya masih lebih sempurna daripada jarak jauhnya, penglihatannya sudah cukup baik untuk mengenali orang dan objek merentasi bilik.
**Ohhh mata Ilham semakin terbeliak..kadang2 rasa macam nak terjojol bila dia tenung sesuatu benda atau orang yang lalu lalang depan mata dia ;) **
Adakah bayi saya membesar dengan normal?
Ingatlah bahawa setiap bayi adalah unik dan akan mencapai tahap-tahap perkembangan fizikal yang utama mengikut masanya sendiri. Kemahiran-kemahiran yang ditetapkan merupakan panduan yang menunjukkan potensi yang boleh dicapai oleh bayi anda – jika bukan sekarang, mungkin tidak lama lagi.
Dan jika bayi anda dilahirkan pramatang, anda akan mendapati yang dia akan lambat untuk mencapai perkembangan tertentu tidak seperti kanak-kanak lain. Jangan risau, kebanyakan doktor akan memeriksa pembesaran bayi pramatang dari waktu yang dia sepatutnya dilahirkan dan menilai kemahiran yang dicapainya sewajarnya.
Sekian saja update perkembangan baby 8 bulan.. credit info to Baby Center Malaysia.

No comments:

 

Template by BloggerCandy.com