Family's Activity

Surprise BBQ Dinner for Mamacu's Birthday :)

Tuesday, April 03, 2012

Entry makan seterusnya ;)
31hb Mac 2012 birthday Ayu aka Mamacu Ilham yang ke 20 tahun. Kami memang dah plan nak buat BBQ on Sunday tapi semuanya dirancang secara senyap2 tanpa pengetahuan Ayu. Nak bagi surprise la konon. Hari Sabtu saya dan En. Nazir memang plan nak belanja barang dapur, jadinya ajak Ana sekali untuk belanja bahan2 mentah untuk di bbq kan.
Malam Ahad lepas bergolek2 dengan Ilham sampai umminya pun tergolek, saya bergegas marinate ayam dan kambing dengan harapan kalau marinate semalaman tentulah rasanya mantoppppp ;) First time marinate kambing ni, main bedal je la labu.
Inilah hasilnya bila dibakar :)

Jom share marinate cara saya:
Cuci kepingan daging embeeeeekkk sehingga bersih. Masukkan ke dalam mangkuk besar, gaulkan bersama bawang putih dan bawang besar yang diblender,  masukkan origano leaves dan rosemary leaves serta Knorr BBQ Sauce macam gambar dibawah dan garam dan madu secukup rasa. Simpan dalam peti sejuk semalaman.

Inilah Knorr BBQ Sauce yang saya gunakan tu.. sedap!
{credit pic: encik google}

Ayam BBQ :)
Jom share marinate cara saya:
Cuci ayam sehingga bersih. Masukkan ke dalam mangkuk besar, gaulkan bersama halia, bawang putih dan bawang besar yang diblender,  masukkan origano leaves dan rosemary leaves, Knorr BBQ Sauce,  oyster sauce, garam dan madu secukup rasa. Simpan dalam peti sejuk semalaman. (ohh abaikan ayat yang lebih kurang sama :))
Memperkenalkan, tukang hidupkan api dan tukang masak kami :)

Dua orang menantu Tok Ayah.. akhirnya En. Nazir ada gang.. and for another gang.. Mommy Ngah cepat2 sikit ye.. ;)
Yang menjayakan sursprise birthday party Mamacu :)
..termasuklah ini budak kechik..
..Ummi tolong Ilham luahkan perasaan dari gambar..

Deros, Acu Ala, Ilham, Mamacu and Mommy Ngah :)

Ummi.. tanjat boboy tau ummi snap dekat2 ;)
Dah puas melantak, baru teringat nak potong kek hari pun dah malam buta dah.

Birthday cake untuk Mamacu.. Papacu yang superbusy tu sempat juga belikan untuk wife tersayang :)

Happy 20th birthday Mamacu..
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki yang halal.. mudah2an cepat dapat baby, ada Ilham kawan nak pow Tok Ayah ekeke~

Last but not least gambar Mamacu and Papacu..
Dalam banyak2 gambar, gambar puan bloglah yang tak ada. Saja nak low profile kali ni, sebab rasa tak perasaan nak bergambar sebab asyik duk tenung kambing jek. Kambing lagi penting kot ;) Gambar Tok Ayah pun tak ada la hehehe.
Thanks untuk semua yang menjayakan majlis walaupun dah tiga suku surprise jek sebab tetiba Tok Ayah terpecah rahsia kat Mamacu hehe. Apa pun kita berjaya juga buat Mamacu mogok  muncung sampai Singapore sebab tak ada orang hirau birthday dia hahaha.
Sekian.. next month.. birthday ummi.. babah pelisssss standby present hokkay! ;)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!