Sharing is caring :)
Few weeks ago..  Encik Nazir membuat appointment dengan Dr. Fadzilah di Poliklinik Puteri & Surgeri, Taman Nusa Perintis 2, Gelang Patah. Dengan penuh rasa debaran didada, saya pun ikut je la untuk kebaikan saya juga :) Hari tu saya time off, kerja half day. Sepatutnya saya buat 1 months after bersalin, memang Dr. Rajesh dah set appointment. Tapi on that appointment date saya demam pulak, dan lepas tu terus lupa nak follow up..kui3.. Ok lah,  nak share pasal Ujian Papsmear yang saya google :)

pic credit to: google

Apa itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya diantara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.
Apa itu serviks?
Serviks adalah pangkal rahim. Sebelum menjadi kanser, serviks menunjukkan perubahan di dalam sel-selnya yang merupakan peringkat pra-kanser. Peringkat awal ini mengambil masa beberapa tahun sebelum ia bertukar kepada kanser serviks dan pap smear boleh mengesannya peringkat ini dengan mudah.
Siapakah yang perlukan ujian Pap ?
Setiap wanita yang pernah mangadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap terutamanya:
  1. Mereka memulakan hubungan seks pada usia < 18 tahun
  2. Mereka yang mempunyai pasangan seks berbilang.
  3. Pasangan seks wanita tersebut atau suami yang mempunyai ramai pasangan seks.
  4. Mereka yang mempunyai Jangkitan kuman HPV (agen penyebab kanser)
  5. Perokok
  6. Tidak pernah/lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear.
Bagaimanakah ujian Pap Smear dilakukan?
Pemeriksaan faraj akan dilakukan dengan mengunakan speculum. Kawasan dalaman faraj dan serviks akan dilihat dengan mata kasar. Setiap ketidaknormalan akan diperiksa dengan teliti.
Dengan mengunakan kayu kayu kecil (spatula) sel-sel pada bahagian serviks akan diambil dan akan dismear pada permukaan slaid. Slaid ini kemudiannya dihantar ke makmal untuk diproses sebelum dibuat pemeriksaan mikroskopik.
Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebolehnya elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.
Credit Info: Alam Hamil
### Situasi di dalam klinik### 
;)
Ummi Ilham sedang mententeramkan diri dengan melayan FB.. bapak penakut.. sejuk kaki tangan.. siap terkucil kejap..sambil digelakkan oleh En. Nazir.. serious saya sangat takut dan ngeri.. tetiba teringat time kena d&c dulu..seriau makkkkk.. :)
Sekali assistant tu panggil “Puan Hernee”
Gulppppppppppp..
Luruh jantung gue sekejap :)
Tengok muka En. Nazir..
Dia senyum..
Fuhhhhhhhh.. kuatkan semangat saya!
woooohhhhhhhhhhhooooo..
~~butterfly in my stomach~~
Masuk dalam bilik doktor.. siap2 suruh baring dan buat apa yang patut..
Saya dengan muka tak malunya..
“Doktor.. sakit tak?”
“Taklah tak sakit sikit je ni.. kenapa awak takut ke?”
“A’ah saya ni penakut” ;)
Sekali sambil2 berbual tu.. tak sampai 5 minit kot.. dah siap..
Aiikkkk??? Dah siap ke?
Tak sakit pun.. (ewahhh berlagak ko Hernee ;) )
Serious.. rasa macam kena cubit manja je sikit..
Alhamdulillah selesai ujian papsmear..
Keluar bilik doktor sambil senyum :)
Total cost.. RM50 je.. result dapat dalam masa seminggu..
Bukannya tak nak buat kat government.. saja je sebab result cepat sikit dapat.. pihak klinik akan call untuk dapatkan resultnya..
Seminggu kemudian, kebetulan En. Nazir ke klinik.. jadi doktor bagitau sekali resultnya.. Alhamdulillah, saya bebas dari kanser servik. Mudah2an saya dan adik2 dijauhkan dari kanser yang pernah membuat ibu saya sengsara. Ye la memang takut juga, kami adik beradik kena berjaga2. Mintak dijauhkanlah.
Untuk mommies yang belum buat ujian papsmear.. apa tunggu lagi.. cepat2 ye buat ujian.. sekurang2nya kita dapat bersedia lebih awal.. :)