My Breastfeeding Journey

The 365 Days Journey of Breastfeeding :)

Saturday, July 14, 2012



Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah pentadbir sekelian alam..selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW.. dengan izinnya..saya berjaya menyusukan Ilham Syahmi untuk jangkamasa setahun.
Nampak mudah, tapi tak semudah yang dibayangkan.. segalanya perlukan pengorbanan. Alhamdulillah Allah kurniakan saya kekuatan dan kesihatan yang baik. Terima kasih untuk suami yang sentiasa menyokong tanpa pernah mengesyorkan saya untuk membeli susu formula. Terima kasih untuk si manja ummi yang memberikan kerjasama sepenuhnya. Kamu berdua penguat semangat ummi.. terima kasih kerana yakin dengan rezeki Allah dan kekuatan ummi untuk menyusukan Ilham..ternyata “SUSU IBU ADALAH YANG TERBAIK DI DUNIA”
Entry ini adalah rekod peribadi saya sebagai seorang ibu.. saya tak akan perlekehkan ibu2 lain yang tak menyusukan anak.. tidak sama sekali, mungkin mereka ada sebab tersendiri.. tapi nasihat saya, selagi berkemampuan, susukanlah anak2 kita dengan susu rezeki pemberian Allah.. sesungguhnya kita wanita yang sangat istimewa.
Nahhhhh.. sayang ummi.. ini hadiah untuk kita..
First 6 months.. Diploma in Breastfeeding..
Next 6 months.. Degree in Breastfeeding..
Jom mengenang kembali pencapaian Breastfeeding ummi sepanjang setahun ni :)
Saat2 bulan2 terakhir sebelum mak buyong meletopppss..
Menimba ilmu penyusuan bersama rakan2 seperjuangan (Puan Salwa, Puan Mar dan Puan Ila) dan sifu Farah Farhan Fatah, pengasas Sara Kids..
Masih berbakti tanpa jemu..
My ONE & ONLY.. Mr. Spectra 3
gadget yang masih sihat berkhidmat untuk Ummi Ilham :)
Isi perut breast pump bag yang masih setia menemani..
Pantry office yang berjasa menjadi tempat mengepam forever.. ;)
hasil tuaian.. rezeki untuk si hero kechik..
dan saya..
saya yang masih tak jemu mendukung beg..
masih di sini..
tapi saya bukan..
“MAKCIK JUAL KOPOK”
;)
Ohhhh.. indahnya kenangan ini..
Pertama kali dalam pantang join program


Nursing in Public (NIP) at Melaka Wonderland, Melaka
Alhamdulillah.. indahnya dunia penyusuan susu ibu.. saat menyusukan, mata bertentang mata dengan si manja.. rasa kasih sayang mencurah2.. Subhanallah! Besarnya kuasa Allah yang mampu menciptakan susu untuk seorang wanita bergelar ibu.
Semoga Allah memberikan saya kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan 365 hari untuk melengkapkan perjalanan penyusuan susu ibu selama 2 tahun seperti yang disyariatkan. Semoga rezeki susu untuk Ilham melimpah ruah.. semoga saya juga mampu dan diberi kekuatan untuk menyusukan anak2 saya akan datang.. Amin.. :)
Doa yang tak mungkin terhenti..
“Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”
WE LOVE BREASTFEEDING!!!
:)

p/s: Sijil tu saya dapat dari Puan Aqilah Blog Baitulmuslimzaidee.. boleh contact dia ye.. atau puan Masthura Helmi (kawan FB).. untuk adik2 BF saya (Puan Nor, Puan Ain dan Puan Maton) nantikan hadiah sijil istimewa untuk kamu, kamu dan kamu bila dah berjaya untuk Exclusively Breastfeeding nanti ya.. sebagai penguat semangat kita untuk meneruskan perjuangan breastfeeding.. Chaiyok2 mommies  :) 

You Might Also Like

1 Th♥ught (s)

  1. Tahniah...cantiklah sijil tu, nak jugak ☺☺

    Semoga urusan kita untuk memberi yg terbaik iaitu SUSUIBU kpd anak kita di permudahkan olehNYA.

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!