Foods for Baby

Menu Hero Kechik Di hujung Minggu :)

Friday, July 06, 2012



Hujung minggu aka hari ummi cuti, haruslah menu si kechik tu berubah sikit. Kesian kan asyik nak bagi menu yang sama. Ummi pun dengan semangat waja mencari  macaroni untuk menu hari Sabtu.. dan  ikan salmon untuk menu hari Ahad.. :)
Jom terjah menu hari Sabtu Ilham Syahmi.. ;)

Taraaaaaaa..
Macaroni Goreng Ala Ummi Ilham
Tengok macam sedapkan? **perasan** tapi memang sedap pun..
Buktinya sebab sebelum bagi kat anak mak kena rasa dulu ;)

Bahan2:
Segengam macaroni (untuk lunch and dinner) dicelur
Sedikit daging cincang direbus
Keledek ½ biji dipotong dadu dan direbus hingga empuk
Setengah biji tomtato dipotong dadu
Unsalted butter sesudu
Cara2:
Panaskan unsalted butter.. masukkan daging cincang, tomato dan keledek rebus.. dan gaulkan dengan macaroni.. siap! Macaroni Goreng Ala Ummi Ilham sudah siap dimasak.. Rasanyaaaaaaaa.. Nyum2 lemak2 manis gitu..
Sampai masanya dengan semangat waja sekali lagi.. ummi pun suapkan Ilham.. mula2 ok.. masuk dalam mulut dan makan.. lama2 Ilham teruwek2 pulak.. haisyoooo.. tekak Melayu la anak ummi ni.. babah kata Ilham ikut babah, sebab tak suka macaroni.. puas juga hancur2kan macaroni tu takut dia tak suka kasar2.. pun sama tak berapa nak makan sangat.. sudanya banyak masuk mulut ummi.. ;p petang ummi masakkan bubur macam biasa je.. tak apa Ilham.. ummi tak paksa.. ummi saja je nak tukar2 selera Ilham
Ok esoknya pulak.. taraaaaaaaaaa..
Bubur ikan salmon + keledek + brokoli..
Bahan2:
Semangkuk bubur
Sekeping ikan salmon
Setengah mangkuk keledek yang dipotong dadu dan direbus
Sedikit brokoli
2 sudu serbuk ikan bilis
Cara2:
Panaskan bubur frozen.. masukkan ikan salmon, keledek, brokoli dan serbuk ikan bilis gaul hingga rata dan mendidih. Siap! Sejukkan seketika.. dan panggillah anak bujang saya makan.. Nyum2..
Nampak gayanya kemain selera lagi orang bujang ni.. suka betul dia makan.. semangkuk habis untuk tengahari.. petang pun habis semangkuk.. Alhamdulillah kenyang anak ummi.. Nanti ummi try buat salmon grilled macam Dr. Halina buat untuk Little B yek.. hehehe
Inilah dia budak yang dah nak masuk setahun next week insy’Allah.. tapi kalau ikut kalendar Islam dah genap setahun dah sebab Ilham lahir 12 Syaaban 1432H. Ummi sangat excited nak buat small birthday party untuk Ilham beserta kenduri kesyukuran dan tahlil arwah next week. Mudah2an majlis nanti berjalan lancar.
Makin manja dengan Papacu sekarang :)
Muaaaaaaahhhh.. sayang Ilham :)
**Petang ni ummi decide nak buat menu apa untuk minggu ni**

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!