Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan Day #11

Tuesday, July 31, 2012

download (2)

 

Alhamdulillah kita dah sampai ke fasa kedua berpuasa. Mudah2an kita berpeluang untuk menyambut Ramadhan sehingga keahirnya.

Ramadhan ke 11, saya menghadiri majlis berbuka puasa company “Iftar Night, Pelabuhan Tanjung Pelepas” di Mutiara Hotel, Johor Bahru. Mula2 rasa berat hati juga nak pergi, maklumlah dua hero saya tak boleh dibawa. Boss bagi time untuk fikir nak pergi ke tak, cepat2 tanya En. Nazir dan dia benarkan sebabnya terkena hari off day.. tanya pulak Ayu mintak tolong tengok2kan Ilham.

Kebetulan Kak Raja pun husband dia benarkan pergi, jadi saya car pool dengan dia je la memandangkan Kak Intan dan Nazam tak dapat join. Sampai2 diorang dah berbuka sebab kami terlewat sikit jalan boleh tahan sesak. Buat tak tahu je la kan, sampai2 terus cari air nak buka puasa Smile

Ramai sungguh orang, kami cari port terbaek yang tak berapa baek Winking smile Ahhh duduk je la mana pun, kiri kanan orang gomen, stakeholders..last2 duduk sebelah India..hahaha.. Cepat2 ambil makanan isi perut.

Makanan pada saya sedap jugalah, sebab ada mix vege ahahaha..boleh gitu eh..lain2 saya ambil rendang daging, ayam masak apa entah dan sotong goreng kunyit kot Winking smile tak ada yang menarik tekak saya sangat, sebab rasa nak minum air jek. Desert sedap banget.. fruit tart dan choc cake boleh tahan sedap.. ditambah dengan aiskrim yang di top up dua kali. Sempat juga la sambil makan berbual2 dengan customer PTP yang semeja. Boss2 besar kot..layankan aje walaupun kami orang2 bawahan Smile with tongue out

Lepas makan terus bergegas balik, almaklumlah masing2 tinggalkan hero2 kat rumah. Jasad kat sini hati kat rumah teringat anak. Alhamdulillah selamat sampai, hantar Kak Raja balik dan ambil dua hero saya yang saya tumpangkan kat kedai Adik Smile Nampak je bayang ummi, reaksi Ilham macam tak jumpa setahun, rupanya dari saya pergi sampai lebih kurang jam 10pm dia tak tidur tak minum susu. Alahai kesian anak ummi, patutnya lepas buka adalah waktu ngempeng dia. Dia bertahan rupanya nak menunggu ummi balik. Dannnn macam biasa bila nampak ummi.. nakkk..nakkk.. sambil selak tudung ummi.. Ilhammmm.. Ilhammm.. Red heart

Sekian Ramadhan ke 11 saya Smile

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!