Ramadhan Day #4

Tuesday, July 24, 2012



Alhamdulillah dapat melepasi dugaan Ramadhan ke 4. Semalam angan2 nak buat mee hoon sup tak pun soto buat berbuka. Sekali baru teringat dah janji dengan En. Nazir nak ke pasar malam. Maka angan2 tu terpaksa ditunda :-)
Sampai pasar malam misi mencari nasi kerabu makcik ruby..malangnya dia tak berniaga pulak.. Fikir punya fikir, moh le kita berbuka kat kedai Papa Cu jek..
Menu berbuka kami..saya makan mee hoon tomyam..En. Nazir makan nasi putih, tomyam, ikan sepat masin, telur dadar, ayam merah dan additional lauk mak Adik bagi ayam ungkep yang sedap. Malangnya saya tak selera nak makan nasi meratah ayam ungkep je la :-)   plussss kuih tepung gomak dan popia…kebab pulak simpan buat sahur..hehehe..tapi termakan malam sebab lapar Ilham asyik ngempeng ;-)Tetiba terbayang air laici ituuuu..heppp hepppp puasa ok!
Ok cerita berbuka kami di Ramadhan ke 4. Selamat meneruskan perjuangan menahan nafsu di bulan Ramadhan semoga amalan kita diberkati.. Amin :-)


Published with Blogger-droid v2.0.6

You Might Also Like

1 Th♥ught (s)

  1. dni lak asben smalam nak makan ikan keli. dni tepon bagitau nasi dagang ado terus dia nak tuka menu. so hari ni beli ikan keli lah hehe

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!