Dari Dapur Hernee Nazir

{DDHN} Kari Ayam Tanpa Santan & Kacang Panjang Goreng Udang

Thursday, August 30, 2012



walaupun tak terer masak..
nak juga tayang masakan ;)
senang nanti nak rujuk resepi..
balik kerja plan dalam otak..
nak masak “kari ayam tanpa santan“..
resepi che mat gebu – dapur tanpa sempadan..



BAHAN-BAHANNYA :-)

800 gram ayam potong ikut suka, buang kulit, cuci bersih dan toskan
3 biji kentang, kupas belah 4 setiap satu dan rendam (malas nak letak sebab kurang masa nak tunggu kentang empuk)
2 biji tomato, belah 2 setiap satu
1 keping asam gelugor
1 camca besar pes tomato (lupa nak beli)
1 1/2 camca besar cili kisar (nak pedas sila tambah)
4 camca besar penuh rempah kari daging Baba’s
Air secukupnya
1 kiub pati ayam “MAGGI” (optional) (malas nak letak sebab dah nama optional ;) )
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)

1 biji bawang besar
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas (lupa nak beli)
1/2 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
2 tangkai daun kari, dilurut
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
6 kuntum bunga cengkih

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan pes tomato, tumis hingga garing, guna api kecil. Masukkan Bahan kisar halus + rempah hari tadi. Kacau rata dan tumis hingga rempah garing dan terbit minyak. Kacau selalu.
  2. Masukkan ayam, gaul rata dan biar ayam kecut dengan rempah tadi. Masukkan kentang (toskan). Gaul. Tuang air secukupnya. Biar mendidih. Masukkan kiub pati ayam jika guna. Tambah asam gelugor dan masak hingga kentang empuk.
  3. Tambah garam secukup rasa da sedikit gula. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Masukkan tomato belah dan biar sekejap hingga tomato masak dengan wap panas. Boleh hidangkan bersama nasi, roti jala, lempeng atau pun roti..
di samping tu lauk di atas..
sempat juga masak “kacang panjang goreng udang”
resepi sendiri main baling2.. ;)

Kacang Panjang Goreng Udang

BAHAN-BAHANNYA 
5 batang kacang panjang (patah2kan ikut suka guna jari pun boleh)
10 ekor udang (buang ekor dan kepala)
1/2 ikat sooh hoon (rendam dalam air)
1/2 lada merah (hiris mayang)
1/2 biji bawang merah  (hiris mayang)
1 biji bawang putih  (hiris mayang)
garam dan pak aji
CARA MEMBUATNYA 
Tumis lada merah, bawang besar dan bawang putih hingga naik bau..
masukkan udang, goreng hingga masak..kemudian masukkan kacang panjang..
goreng hingga layur dan masukkan garam dan pak aji..
last sekali masukkan sooh hoon.. siap!
jom makan berjemaah sebelum babah pergi kerja :)
apa rasa kari ayam tanpa santan tu???
mmmm.. not bad lah..
en.nazir mula2 kata ok..
sekali kata tawar pulak..
tapi alhamdulillah makan dengan jayanya..
dah lapar kot ;)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!