Dari Dapur Hernee Nazir

Mee Hoon Untuk Hero Beso & Hero Kechik ;)

Tuesday, August 28, 2012


[scheduled entry]

hoooyeaaaahhh..
pagi ni bersemangat waja seperti kereta waja jiran Ummi Adeeb ;)
terjaga pukul 6.30am terus bergegas bangun..
sempat juga menyiapkan menu untuk si hero beso dan hero kechik ;)


Mee Hoon Goreng Hero Kechik..
(sama macam yang malam punya.. mee hoon putih;))

bahan2nya:
segenggam mee hoon dicelur (kes nak cepat lembut)
sesudu bawang besar dan putih blender (kes nak mudah)
sesudu ikan bilis blender (kes pemalas nak tumbuk)
dua ketul meatball dipotong halusssssss (kes tak nak bagi terselit kat gigi kapak ilham)
sebatang sawi potong halus2 (kes tak nak bagi hero kechik tercekik)
sesudu tauge dipatah2..aeh sesudu katanya ;) (sama reason di atas tak nak bagi tercekik)
minyak jeton (kes nak jaga kesihatan ilham ;) )

cara2nya:
tuang minyak jeton (aeh tu pun nak bagitau ke ;) )
tumis bawang blender sampai naik bau dan masukkan ikan bilis blender..
kemudian masukkan meatball cincang tadi..
masukkan mee hoon yang dah dicelur..
gaul sampai rencah rata..
masukkan sawi dan tauge..
tunggu sekejap biar layur..
no salt pelissssss.. dah siap..
sila masukkan dalam mangkuk bekalan ilham..
harap2 habislah dia makan..
malam tadi macam selera juga dia makan..
next..
untuk hero beso pulak yang tinggal di rumah..
ikut ummi tolak batu dengan kayu ;)


Mee Hoon Goreng Hero Beso..
haruslah ada kepedasan sikitkan..
kata dah beso, takkan tak tahan pedas ;)

bahan2nya:
{sila abaikan penggunaan ayat yang sama..sebab malas nak taip}
segenggam mee hoon dicelur (kes sekali celur dengan mee hoon hero kechik)
dua sudu lada blender.. aeh salah lada boh (kes lada blender dah habis stok ;) )
dua sudu bawang besar dan putih blender (kes nak mudah lagi)
dua sudu ikan bilis blender (kes pemalas nak tumbuk..rembat je ikan bilis hero kechik)
berketul2 meatball dipotong empat (kes nak nampak banyak jadi kena potong empat;) )
tiga batang sawi potong kasar (kes nak bagi cabaran sikit kat hero beso)
sesudu tauge dipatah2..aeh sesudu katanya ;) (sama reason di atas tak nak bagi tercekik)
minyak masak cap pisau (kes nak bagi lemak hero beso lebih sikit)
sedikit garam dan pak aji

cara2nya:
tuang minyak masak cap pisau..
tumis lada boh sampai garing..
masukkan bawang blender sampai naik bau dan masukkan ikan bilis blender..
kemudian masukkan meatball potong empat tadi..
campak manja garam dan pak aji..
masukkan mee hoon yang dah dicelur..
gaul sampai rencah rata..
masukkan sawi dan tauge..
tunggu sekejap biar layur..
sila masukkan dalam mangkuk pinggan bunga2 seperti diatas..
pinggan bunga khas untuk naikkan selera ;)
harap2 habislah hero beso makan..
kalau tak habis nanti balik kerja ummi habiskan..
aehhhh????? ;)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!