Info Sharing

Menyusukan Tanpa Pinggirkan Suami

Monday, August 27, 2012



Oleh: Editorial PaMa
Tarikh: 9 Ogos 2012

pixg
Papa jangan bimbang. Anda tidak akan dipinggirkan walaupun mama ada bayi baru. Pastikan papa dan mama bersama-sama berbincang untuk mendapatkan suasana bilik tidur yang lebih segar, bebas stres dan relaks.
Berikut ada 50 cara merangsang  hubungan selama menyusukan.
  1. Mama kenalah ingat pada papa selalu. Bukan pada ‘baby’ baru sahaja.
  2. Papa pun janganlah biarkan mama jaga anak seorang diri. Tolonglah mama.
  3. Ketika mama bersama ‘baby’, papa ‘joint’lah sekali. Barulah tidak rasa terpinggir.
  4. Luangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit sebelum tidur untuk saling bertukar-tukar cerita.
  5. Setelah ada anak, mama dan papa kena banyak bertenang. Barulah hati rasa senang.
  6. Kalau rasa tidak selesa dengan keadaan sekarang, beritahulah pasangan agar dia tahu dan sama-sama dapat mencari jalan penyelesaian.
  7. Papa, ajaklah mama ‘dating’. Macam masa baru berkahwin dulu.
  8. Papa, tolonglah mama buat kerja rumah. Barulah mama ada masa untuk papa.
  9. Payu dara ibu menyusukan selalunya membengkak. Jadi, berhati-hatilah kalau papa nak dekat dengan mama. Takut tersentuh. Kesian mama, sakit.
  10. Papa dan mama, jangan lupa luangkan masa untuk bersama. Ingat, kualiti lebih baik daripada kuantiti.
  11. Papa dan mama, mandilah bersama.
  12. Papa kenalah rajin memuji mama kerana ibu yang menyusukan selalu rasa mereka busuk dan tak cantik.
  13. Kalau nak lagi romantik, berilah mama hadiah.
  14. Mama pula, berilah kad ucapan kepada papa. Tuliskan kata-kata romantik. Papa mesti rasa terharu.
  15. Apa kata kalau mama dan papa lakukan perkara-perkara yang baru dalam hidup. Barulah tak rasa bosan.
  16. Sekali-sekala, papa kenalah urut mama. Mesti mama tambah sayang. Lebih-lebih lagi selepas mama penat melayan kerenah ‘baby’ baru.
  17. Mama kenalah cium papa selalu. Papa pun kena buat macam tu kat mama. Barulah mesra.
  18. Lagi satu, jangan lupa ucapkan ‘I Love U’.
  19. Kepada mama, berhiaslah. Barulah sedap mata papa memandang.
  20. Tapi, jangan lupa pakai minyak wangi.
  21. Kalau dah cantik-cantik tu, tunggu apa lagi? Ambillah gambar bersama. Mesti ‘meletup’.
  22. Kalau mama dan papa berjalan-jalan, jangan lupa berpegang tangan walaupun si kecil sudah ada.
  23. Jika papa sakit, mama mesti jaga papa dan beri dia makan ubat. Jangan asyik tumpukan perhatian pada ‘baby’ sahaja.
  24. Mama dan papa kena saling ucapkan terima kasih di atas segala yang telah papa dan mama lakukan.
  25. Jika berkesempatan, sembahyanglah bersama-sama.
  26. Beberapa bulan sekali, buatlah sesi ‘post mortem’ dan ‘brainstorming’ agar mama dan papa dapat mengenal pasti masalah dan mencari jalan penyelesaian serta melaksanakan perkara-perkara baru dalam rumah tangga.
  27. Kalau papa nak bersama dengan mama, kenalah tunggu sehingga sekurang-kurangnya 6 minggu selepas bersalin kerana perineum mama belum sembuh lagi.
  28. Kalau papa dan mama ingin bersama, jangan tergopoh-gapah. Relaks.
  29. Mama pula, gunakanlah pad payu dara semasa bersama papa kerana oxytocin akan menyebabkan susu memancut keluar.
  30. Untuk pengetahuan papa, ibu yang menyusukan bayinya mungkin akan kekurangan kelembapan pada vagina. Jadi, sediakanlah jeli pelembap untuk mama.
  31. Kepada mama pula, jangan lupa gunakan perancang keluarga. Adalah penting untuk tidak hamil sekurang-kurangnya setahun selepas kelahiran anak agar tubuh pulih kembali.
  32. Mama dan papa, cubalah pelbagaikan posisi ketika bersama. Barulah ada kelainan.
  33. Janganlah tunggu sehingga lewat malam untuk bersama sebab nanti masing-masing sudah penat.
  34. Kepada mama, beritahulah papa bagaimana untuk papa merangsang mama.
  35. Mama pula, gunakan jari-jemari mama untuk membelai tubuh papa.
  36. Mama, jangan fikir papa tahu apa yang perlu dilakukan. Jadi, beritahulah papa apa yang perlu dilakukan.
  37. Perlu diingat bahawa hubungan suami isteri bukan hanya sekitar antara pusat dan lutut tetapi keseluruhan tubuh.
  38. Makanlah ikan salmon kerana vitamin di dalamnya dikatakan mampu meningkatkan libido. Salmon juga kaya dengan protein yang bagus untuk stamina.
  39. Ketika ingin bersama, malapkanlah lampu. Barulah romantik.
  40. Jika papa atau mama inginkan belaian tetapi malu untuk bersuara, SMS pada si dia. Nyatakan keinginan anda.
  41. Minumlah kopi. Kopi dikatakan mampu meningkatkan tahap libido perempuan. Walaupun tidak 100% benar, kafein boleh memperbaiki tahap konsentrasi anda.
  42. Kalau ingin bersama, tutuplah televisyen dan radio. Biar suasana tenang. Barulah tenteram.
  43. Jika inginkan muzik, pilihlah yang sesuai.
  44. Bilik tidur pun mestilah kemas dan wangi.
  45. Sekali-sekala, ubah susun atur bilik mama dan papa. Baru menarik.
  46. Sebenarnya, hubungan suami isteri bukanlah hubungan kelamin semata-mata. Yang pentingnya kasih sayang yang suci dan murni.
  47. Mama, tidak kira apa pun perubahan yang telah berlaku pada diri, jangan rasa rendah diri. Yakinlah pada diri sendiri.
  48. Untuk membangkitkan ‘mood’ pasangan, hantarlah e-mel yang menyenangkan kepada si dia.
  49. Mama dan papa, bersenamlah untuk mengekalkan stamina anda berdua.
  50. Mama dan papa, hargailah pasangan anda.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


Buat dua orang cinta hati ummi..
Jangan rebut2 ye..
Ummi tetap takkan pinggirkan siapa2 pun..
Dua2 pun ummi sayang..
Luv u both!!! ;)

p/s sebenonye akhir2 ni.. ilham memang tak suka kalau babah rapat2 ngan ummi.. terus je dia datang kat ummi..tolak babah n peluk ummi.. hehehe..kelakar tengok aksi dia tu.. babah jangan kecik hati ye.. kita try buat yang macam kat atas ;)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!