Dari Dapur Hernee Nazir

Ramadhan Day #12

Thursday, August 02, 2012



2012-08-01 19.18.42

Hajat hati nak berbuka KFC, bagitau la dengan En. Nazir sekali dia dah tolong masakan nasi daaaaa..hancur harapan Smile with tongue out Kepala terus ligat memikirkan lauk apa yang nak dimasak.
Sampai kedai tengok yang ada, ikan pari, udang, ikan2 lain..tapi kami pilih ikan pari.. En. Nazir request ikan pari bakar, dan udang sambal. Balik macam biasa masak dengan penuh ketengan sebab budak kechik tu dihandle oleh En. Nazir.
Hajat hati lagi..nak minum sirap selasih sebab semalam dah beli selasih, sekali tengok sirap tak ada daaaa.. yang ada anggur cap double lion. Sudahnya berbuka dengan anggur selasih jek la..bedal je la kan..darurat! :)
Ok ni cara Ikan Pari Bakar Hernee Nazir style ;)
Bahan2:
1 ekor ikan pari (dibelah dua)
2 sudu cili kering (yang dah diblender)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
½ inci halia (ditumbuk)
½ inci kunyit hidup (ditumbuk)
Sedikit belacan
Sedikit garam dan gula
Daun pisang

Cara2nya: 
Tumbuk belacan, bawang merah, bawang putih, halia dan kunyit kemudian gaulkan dengan cili blender dan masukkan garam dan gula. Kemudian lumurkan pada ikan pari dan balut dengan daun pisang dan bakar menggunakan pemanggang ajaib  ;)dah beli kena guna sebaiknya kalau tak kena bebel dengan boss besar hehehe.

Air Asam
Sedikit asam jawa
Sedikit belacan
3 ulas bawang merah (dipotong dadu/ sebiji ditumbuk)
5 tangkai cili padi
½ biji tomato (tapi tak letak sebab lupa beli ;) )
Sedikit air, garam dan gula

Cara2nya:
Sediakan air asam jawa, bakar belacan hingga sedikit garing dan bancuh dalam air asam. Potong mayang bawang merah dan juga cili padi dan masukkan garam dan gula penyedap rasa J patutnya saya nak letak tomato, bajet2 ada balance tomato Ilham sekali bukak peti sejuk dah habis pulak.
Itu saja cara saya membakar ikan. Sambil masak dalam hati berdoa mudah2an cukup rasa semua. Alhamdulillah lepas berbuka dapat pujian dari En. Nazir ;) sedap katanya. Sambal udang pun secukup rasa walau tak dapat merasa.
Done, cerita Ramadhan ke 12 kami :)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!