Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan Day #17

Monday, August 06, 2012




Iftar kami tiga beranak di Ramadhan ke 17, di Restoran ZZ Sup Tulang. Plan selepas iftar nak melawat Puan Opie dan suami yang terlibat dalam kemalangan malam Sabtu yang lepas di Hospital Pakar Johor.
Kami sampai lebih kurang jam 6.45pm, saya order mee rebus tulang dan air bandung 3 layer, air kosong dan En. Nazir order nasi putih, sup gear box, ikan pari bakar, air teh o dan air bandung 3 layer… oopssss tambah nasi separuh untuk saya tapi tak makan pun sebab dah kenyang air.
Lepas berbuka kami terus bergegas ke Johor Specialist Hospital. Alhamdulillah dapat juga menjengah Opie. Sebelum ni duk dengar macam2 rumours orang kampung. Semoga Opie dan suami tabah menghadapi dugaan dari Yang Maha Esa di bulan mulia ni. Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Kami sentiasa mendoakan Opie supaya selamat dan dapat berhari raya dengan suami, anak2 dan keluarga tersayang. Amin.

Dugaan Allah itu datang dalam pelbagai bentuk.. kadang-kadang kita merasakan yang kita manusia yang paling malang dan paling tidak bertuah di dunia ini. Kadang-kadang kita rasa kita susah, tanpa kita sedari ada lagi manusia yang lebih susah dari kita sebenarnya.. bersyukurlah.. jadikan dugaan yang diterima oleh orang lain sebagai salah satu cara untuk kita bersyukur dengan apa yang kita ada..insya’Allah setiap dugaan itu datang bersama hikmah..”

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!