Ramadhan ke 23, niat En. Nazir nak belanja adik2 berbuka puasa sempena dapat rezeki saguhati pertandingan fotografi Rengit Indah Ceria yang dah setahun baru ada keputusan tu hehehe. Sebagai PA En. Nazir yang berjaya, haruslah saya membantu memilih tempat nak berbuka. Mula2 plan nak buka kat Restoran Saujana, nak ajak Tok Ayah Ilham dan Mak dan Ayah Adik. Sekali Tok Ayah ada program berbuka pulak, Mak dan Ayah Adik pun tak nak buka luar, jadi kami pergi je la adik beradik.
Kebetulan hari Ahad kami tiga beranak keluar bershopping barang2 raya kat Danga City Mall. Jadi petang tu terus sekalilah berbuka ramai2 kat Restoran Johnnys, AEON Bukit Indah dan sambung bershopping kat sana ;)
Ok.. nahhh gambar.. tak boleh tayang lebih2.. menggugat keimanan ;)

ohhh yummmehhh ;)

Babah, Ummi, Ilham & Mommy Ngah :)

Uncle Aiman (bff Papa Cu), Papa Cu & Mama Cu :)

Alhamdulillah, kenyang lagi mengenyangkan. Lepas je berbuka kami terus ronda2 lagi mencapai misi membeli baju raya :)
Jom layan aksi2 budak kecik ni.. :)

Ni masa kat Danga City Mall.. muka boring je tunggu Babah pilih barang.. kasut, stokin semua dia cabut sendiri..

Sampai je kat AEON Bukit Indah, dia dah start lembik dan lalok2..

Sekali ummi pusing tengok dia dah terlentok dalam stroller, alahaiiii.. siannya anak ummi penat sangat dah tu.. dah tak boleh tahan ngantuk sampai tertidur sendiri.. alooo looo..
Bila dah jaga, before berbuka cepat2 ummi bawak pergi baby room.. nak tukar diapers dan ngempengkan Ilham.. Wahhhhh.. lega betul dia dapat ngempeng.. penat sungguh gayanya..


Alhamdulillah misi mencari keperluan raya untuk kami 3 beranak settle dengan usaha mencari selama separuh hari. Walaupun penat yang amat tapi puas hati. Alhamdulillah dapat gunakan rezeki yang ada secara berhemah :)