Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan Day #24

Monday, August 13, 2012

Ramadhan ke 24, tanpa dirancang awal kami berbuka di KFC, Gelang Patah. Plan asal memang nak ke Jakel cari langsir. Sekali tukar plan beli kat langsir kat Nusa Perintis 2 jek kedai apa entah nama sebelah Pasaraya Thye tu.
Lepas pilih langsir segala bagai, terus tuju ke KFC je la.


Abaikan hidung ummi yang terkembang.. Hero kechik kena pegang kuat2 sebab dia tengah sibuk nak bangun dan turun bawah..
Asyik ambil gambar makanan je kan.. sekali sekala tak ambil pun kira halal lah sebab gambar KFC sure orang dah jemu tengok ;)

Padahal..huru hara nak makan sebab budak kecik ni tak berani nak letak dalam baby chair lama2 ada ciri2 nak terjun ke bawah :) jadi ummi makan sambil kepit dia tak dan nak snap gambar..


Nahhhh..gambar luar KFC jek la sempat hahaha.. Masa keluar je dari KFC Ilham beriya angkat tangan. Ummi tengok kiri kanan tak ada orang..aeh mamat ni angkat tangan dengan siapa pulak. Sekali ummi perhatikan mata dia ke mana.. rupanya dia angkat tangan dengan gambar Uncle  Colonel Harland Sanders.. haiii lah Ilham.. terlebih peramah lah awak ni.. itu gambar je sayang oiii.. tak payah beriya sangat ye hehehe..
Lepas siap2 makan terus balik rumah.. mandi manda.. pam mengepam then terus lepak rumah Tok Ayah Ilham :)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!