Info Susu Ibu

Kelas Penyusuan – Teknik Marmet @ Shaifful Bahrin & Co. Taman Setia Tropika

Sunday, September 30, 2012

macam yang dah di beritahu dalam entry kelas penyusuan | teknik marmet..
sepatutnya kelas ni di adakan pada 15 september 2012..
atas sebab2 tertentu kelas postponed on 29 september 2012..
alhamdulillah hikmah disebalik tak ke penang..
kalau tak rugi juga terlepas menimba ilmu teknik marmet..
sebelum memang tahu marmet dan pernah buat..
cuma tak selalu dipraktikkan..
mudah2an lepas ni boleh dipraktikkan..
senang in case of emergency kot2 tertinggal pam la apa la kan.

2012-09-29-21-08-06_deco

ok..macam biasa isi attendance form dulu ya Smile
sementara tunggu peserta lain sampai..
kita berbual2 sambil timba ilmu dari Peer Counselor yang ada..

2012-09-29-21-04-18_deco
**sorry kak haya..snap masa akak terpejam**
Smile with tongue out
kelas bermula..
cikgu kita hari ni puan zulhaya marzuki..
peer counselor johor bahru..
sangat kagum dengan usaha kak haya nak menyusukan anak..
selama ni dia tak mengharapkan khidmat breast pump..
cuma dengan marmet dia boleh dapat stok susu untuk anak dia..
tandem nursing lagi..
mula2 kak haya terangkan apa itu marmet..
kebaikan marmet dan teknik2 yang betul..
nahhhh..saya share info mengenai teknik marmet..

credit info: susuibu.com

Apakah Teknik Marmet?
Teknik Marmet adalah satu cara pengeluaran susu ibu menggunakan tangan semata-mata; tanpa menggunakan sebarang alatan lain terutamanya pam.
Sekiranya teknik ini diamalkan dengan cara yang betul, kadar pengosongan kilang susu adalah jauh lebih baik daripada menggunakan pam. Ini kerana, kita lebih mengenali tubuh badan kita sendiri dan tahu di mana kunci atau pun aliran khusus yang perlu diperah.
Di samping itu, Teknik Marmet ini juga sebenarnya mampu menghasilkan lebih banyak pengeluaran susu berbanding menggunakan bantuan pam. Mengapa ini berlaku? Ini kerana, apabila kita menggunakan tangan, maka berlakulah ‘sentuhan kulit ke kulit’ yang mana mampu merangsang penghasilan susu. Seterusnya membantu kita mendapat lebih banyak bilangan ‘let down reflex’ iaitu situasi di mana susu memancut keluar dengan kadar yang banyak dan laju tanpa perlu usaha yang banyak. Pada waktu ini, payudara kita akan mengalami rasa yang agak berdenyut dan membengkak.
Berbanding dengan pam yang semestinya berunsurkan plastik ataupun getah, menyebabkan tubuh badan kita tidak bertindak balas dengan sewajarnya bagi menghasilkan susu. Paling penting, Teknik Marmet tidak cerewet dan mudah diuruskan kerana ia hanya memerlukan tangan untuk memerah Winking smile
Bahaya Amalan Teknik yang Salah
Apa jua yang kita lakukan, pasti bakal mengundang padah jika tidak dilakukan dengan betul. Begitu juga dengan Teknik Marmet.
Teknik Marmet yang tidak dipraktiskan dengan baik bakal merosakkan jaringan ataupun aliran-aliran susu pada payudara. Ia juga boleh membuatkan payudara kita menjadi melecet, merah mahupun bengkak. Selain itu, kita sendiri pasti serik untuk memerah menggunakan tangan pada masa akan datang dek rasa sakit dan perit yang kita alami.
Cara Memerah
1. Teknik Marmet hanya memerlukan 3 jari iaitu ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
2. Jari-jari ini perlu diletakkan di atas kawasan aerola (sedikit atas, lebih kurang 1cm dari kawasan aerola).
3. Letakkan ibu jari di bahagian atas aerola (kita panggil situasi pukul 12). Letakkan jari telunjuk dan jari tengah di bahagian bawah aerola (pukul 6).
Dapat dilihat, jari telunjuk dan jari tengah perlu berada setentang dengan ibu jari. Apabila jari telunjuk dan jari tengah berada pada kawasan ‘pukul 5′ sedangkan ibu jari di kawasan ‘pukul 12′, ia adalah salah. Begitu juga apabila jari bawah itu berbentuk melingkari payudara ia juga salah. Pastikan dengan teliti kedudukan ketiga-tiga jari ini.
4. Tanpa meregangkan jari, dorong jari-jari tadi ke arah dada. Individu yang mempunyai payudara yang bersaiz agak besar, perlu angkat payudara dahulu sebelum mendorong ke arah dada. Lakukan dalam gerakan memutar dan lembut seperti sedang menggeletek. Lakukan dari kawasan atas menuju sehingga ke aerola. Payudara juga boleh digoncang dengan lembut secara memutar.
5. Sewaktu jari-jari berada jauh dari kawasan aerola, gerakan ini dipanggil PUSH dan apabila jari-jari berada di kawasan aerola, ia dipanggil ROLL. Tekan kilang-kilang susu menggunakan jari dengan lembut sehingga kosong. Teknik yang betul tidak akan mendatangkan rasa sakit kepada anda. Pastikan anda menggunakan TIGA JARI yang dinyatakan tadi, bukan jari-jari lain mahupun tapak tangan.
6. Ulangi langkah secara berentak seragam, mengikut rythm. Push, roll, posisi jari yang tepat, push dan roll semula. Ulang sehingga kilang susu kosong.
7. Putar gerakan mengikut arah jam atau berlawanan. Pastikan kedudukan jari di dalam kedudukan 12-6, 11-5, 10-4 dan seterusnya. Jalani setiap putaran sehingga kilang susu kosong.
8. Gunakan tiga jari utama itu pada tangan bersamaan setiap payudara. Contohnya payudara kanan, gunakan tiga jari tangan kanan. Bagi payudara kiri, gunakan tiga jari daripada tangan kiri.
Elakkan!
1. Menekan sambil mendorong/mengheret jari jemari anda. Tindakan ini boleh membuatkan payudara melecet.
2. Menarik-narik puting payudara. Tindakan ini boleh merosakkan lapisan-lapisan lemak pada aerola.
3. Meramas-ramas payudara (squeeze). Tindakan ini akan melukai payudara anda dan memberi kesan kepada kilang susu anda. Payudara juga cenderung bengkak apabila anda melakukannya.

2012-09-29-21-03-50_deco
ibu2 yang sedang fokus belajar teknik marmet..
dari kiri.. Mummy Dasy, Puan Linda mama Irfan.. dan Puan Ros
syahmina pun eksaited nak belajar ye Smile


2012-09-29-21-03-24_deco

Puan Nurul (peer counselor JB) dan saya tak ingat nama kawan baru ni (tudung purple)
tapi saya kagum dengan usaha dia..
dia ambil anak angkat, dan dia telah berusaha untuk merangsang susu ibu..
untuk anak angkat beliau.. alhamdulillah dia dah berjaya berikan susu ibu..
dengan mengambil ubat dari doktor..
ohhh sebenarnya program kali ni diadakan di office puan nurul..
maklumlah nak buat praktikal kan..
haruslah buat di tempat tertutup Smile

2012-09-29-21-04-58_deco

yang berdiri berbaju maroon tu puan wana..
yang dua orang tu peserta yang baru sampai..
lepas sesi penerangan, masing2 disuruh untuk buat praktikal..
dan PC akan tolong check sama ada teknik kami betul atau tak..

2012-09-29-20-59-42_deco

inilah hasil ummi ilham bermarmet..
alhamdulillah dapat 2 oz..
jenuh juga nak memerah hehehehe..
tapi atas sokongan kawan2 rasa semangat membara tu..
dan akhirnya menghasilkan 2 oz susu..
boleh buat tambah2 stok isnin untuk ilham Winking smile

2012-09-29-20-59-24_deco

masa sesi Q&A..
bila nampak ada hadiah cooler bag..
bersemangatlah ummi ilham ni angkat tangan nak menjawab..
dibantu oleh PC dan kawan2 yang lain (isyhhhh ngelat ek Smile with tongue out)
cara2 nak buat teknik marmet dari awal sampai akhir..
yeay! thanks PC2 semua.. ummi ilham dapat cooler bag baru..
jenama jingle jungle..macam tahu2 je kan cooler bag lama dah rabak..
tu yang beriya menjawab.. Hot smile

lepas Q&A session..
ke sesi makan berjemaah..pot luck..
ummi datang bawak steamed moist choc cake dari batrisyia delights..

2012-09-29-21-09-11_deco

yummehhhhh..
sedaaaaaaaappp.. satu bawak pergi kelas..
satu lagi stok kunyah2 kat rumah Smile

2012-09-29-21-00-37_deco

sambil2 makan, sambil2 shopping buku2 berguna ni..
ummi beli buku berpantang (walaupun belum masa untuk berpantang sekali lagi)
buku kompilasi hidangan si manja dan buku kompilasi dapur si kecil..
harap2 dapat menambah ilmu nak mempelbagaikan resepi hero kechik Smile

ok sebelum balik..
marilah kita berposing beramai2..

2012-09-29-21-01-58_deco2012-09-29-21-01-27_deco

ada ramai juga yang dah balik time ni..
jadi berposing je dengan mana yang ada Smile

2012-09-29-21-01-00_deco

kami pergi berlima.. mommy ngah (pengikut kelas susu ibu setia.. mudah2an dia pun dapat ilmu)
ummi dan ilham.. serta Mummy Dasy dan syahmina..


2012-09-29-21-02-31_deco

peneman setia ummi dan mummy..
mina2 dan cham2..hehehehe
kan main susah nak snap gambar berdua ni..
ilham terpaksa curang dengan teha sekejap ekekeke..

2012-09-29-21-02-59_deco

ni budak yang buat office orang macam rumah dia..
kan selera makan mee hoon goreng hehehe

last but not least..

2012-09-29-21-05-37_deco

gambar ummi dan ilham yang di send kat whatsapp untuk tatapan babah..
ye untuk babah yang jauh diperantauan lah sangat tu kan.. hehehe
ohhh tak sabar nak tunggu esok..
yeay babah balik..yeaaayyyy!
ummi pulak yang eksaited terlebih kahkahkah..
Nyah-Nyah

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!