Dari Dapur Hernee Nazir

[DDHN] Ayam Masak Merah

Wednesday, October 03, 2012



tetiba semalam teringin nak makan ayam masak merah..
stok ayam memang ada kat freezer..
whatsapp en. nazir minta tolong rendamkan ayam..
balik rumah, bersilat kat dapur..
sementara en.nazir menjaga ilham..
sambil masak sambil mengepam..
ok, ummi ilham try to be a supermak nampaknya..
multitasking katanya hahaha~
ketung ketang ketung ketang..
siap sudah memasak dalam pukul 7pm..
awal2 dah cakap dengan en.nazir lauk one and only ayam masak merah je..
dia ok je..
ok jom makannnnnnnnnnn
:)


ok..plating ummi failed..
kalau chef joe ke chef zubir tengok mesti kena marah..
hahahaha.. feeling nak masuk master chef pulak ;)
Resepi asal: Jintan Manis
saya ikut resepi puan ros (jintanmanis.com)..
kalau ikut resepi mak siap ada letak santan..
yang ni mudah juga ringkas..
credit tu puan ros..
jom tengok resepi :)

Bahan-bahannya
1/2 ekor ayam ( dipotong 5 ke 6 bahagian kecil)
2 sudu besar cili kisar (saya letak lebih sebab nak sambal lebih)
3 biji bawang merah ( boleh ganti dgn 1/4 biji bawang besar) +1 ulas bawang putih ( dikisar halus)
1 batang serai
1 batang kulit kayu manis (tak sempat nak beli kayu manis ;) )
2 sudu besar sos cili
1/4 biji bawang besar dihiris kasar
1/2 biji tomato (saya guna cherry tomato stok ilham.. ;) sorry ilham)
1/2 cawan kacang peas ( ros guna kacang peas dalam tin cap ayam brand) (tak dan nak letak kacang peas..stok kacang peas ilham ada je..)
garam
gula

Cara-caranya
1. Gaul ayam dengan kunyit , garam dan 2 sudu besar tepung gandum atau tepung goreng ayam. Goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan. (saya lumur ayam dengan garam kunyit je)
2.  Kisar bawang putih dan bawang besar, kalau tumbuk halus pun boleh, ros guna blender sebab takde lesung batu. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis tadi, bila dah naik bau baru masukkan bahan kisar dan cili kisar, tumis hingga garing.
3. Selepas itu masukkan serai yang telah dititik ataupun yang telah dipotong dua, kacau sebati, tomato di potong kecil dan masukkan dalam bahan tumisan tadi, biarkan tomato betul-betul hancur, baru masukkan sos cili.
4. Setelah kuah agak pekat, baru masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sebati, sesuaikan rasa, masukkan garam dan sedikit gula, akhir sekali baru masukkan kacang peas dan bawang besar, setelah bawang besar layu, tutup api dan tabur sedikit dengan hirisan daun sup atau daun ketumbar sedia untuk dihidangkan. Ros suke ayam masak merah ni, sebab dia wangi, penambahan serai dan kulit kayu manis tu membangkitkan lagi selera dan aromanya. Selamat Mencuba. (saya hiris daun sadri dan daun bawang je)

ohhhh.. sangat selera saya makan..
memang betul2 teringin tu..hehehe..
untuk ilham, ayam goreng seketul..
beriya nak makan sendiri tak nak ummi dan babah suap..
bila ambil ayam pada tangan siap merajuk..
golek2 badan..
kata babah merajuk macam nak lari rumah..
hahahaha.. gelak besar ummi tengok kerenah ilham..
sekarang masak untuk ummi dan babah..
mesti selit sikit lauk si hero kechik tu..
dia sangat selera kalau makan sama2..
mudah2an naik banyak berat masa timbang nanti ye..
ok jom kita fikir nak masak apa lagi :)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!