My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Surat Minta Maaf Untuk Babah ;p

Monday, October 01, 2012


[scheduled entry]

kehadapan babah yang ilham sayangi..
di sini ilham ingin menyusun 10 jari kaki dan tangan..
memohon ampun dan maaf kepada babah..
sorry babah..
ilham tak sengaja..
mintak maaf sangat2..
niat ilham nak tolong ummi update blog..
karang entry banyak2..
tapiiiiii..tapiiiiiiiiiiiiii..
ilham dah tercungkil tanda < kat laptop babah..
sorry babah..
laju sangat ilham taip sampai tak sedar..
terjungkit dah <
babah tak percaya tengoklah sendiri..


dulu pun ilham pernah buat kes juga..
tapi ilham diam2 je..kawtim dengan ummi..
dulu ilham jahanamkan “page up” babah..
jadi total dah dua kali ilham tercungkil keyboard babah..
sorry tau babah.. jangan marah ilham eh..
babah nampak hensem kalau tak marah.. ;)
babah yang ilham cintai..
harap babah relax2 tarik nafas dalam2 ye..
takmo marah2 tau.. nanti idea nak edit gambar hilang..
ilham tak kacau tang lain..
cuma ilham tercungkil keyboard jek..
geram sangat tengok keyboard tu..
jadi ilham saja la nak test power..
oklah babah..
ilham harap babah terima maaf ilham ni..
sebenarnya ilham dah tak sabar nak tunggu babah balik ni..
cepat2 balik ye babah..
ilham rindu babah sangat2 ni..
babai!

ikhlas daripada hero kechikmu;
ilham syahmi ;)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!