My Hero Kechik - Ilham Syahmi

Abang Motak ;)

Friday, November 02, 2012


macam tahun lepas..

hari raya qurban ilham korbankan rambut..
raya tahun ni pun sama juga..
sekarang ilham sudah jadi “abang motak” ;)
dah besar ni, makin susah nak gunting rambut..
nasib baiklah babah je yang guntingkan..
kalau bawak pergi kedai mau dia meraung tengok muka tukang gunting..
mula2 plan tak nak botak..
babah nak trim tepi2 je..
sebab sebenar2nya..
“ada orang yang tersangat baik hati dan limpa pergi potong rambut ilham”
kantoi sebab ummi nak pacakkan rambut..
sekali tengok kenapa la rambut ilham kontot..
thanks bebanyak ye kot2 dia terbaca ;)
yang penting orangnya tu bukan BS ilham..
ye saya pasti..sebab dah tanya dia kata dia tak buat..
rajin dan baik hatikan hamba Allah yang potongkan ni..
sampai cacat rambut anak saya.. :)
ok jom tengok proses memotong rambut..


ummi dah togelkan..
get ready..
babah dah nak start..


ooppssss..
dia jeling gunting kat tangan babah..


dia tenung ummi pulak..
bengkek ummi komplot dengan babah
;)
masa ni dah start ngek2..
toleh kiri kanan..
tepis2 sana sini


ooooommmmgggg!!!
apa tu babah???
takutnya saya..
dia dah gerun tengok mesin babah..
muka cuak gila..


sekali babah jalankan mesin atas kepala..
dia terus meraung..
huwaaaaaaaaaa..
merajuk nak lari..
rebeh muka..sedih sangat la tu kan..
hahahahaha..


ni je yang sempat babah trim..
sebab ummi terus ambil dia pujuk dan mandikan..
dah naik bertokak rambut..hahaha
dah macam apa dah..
merajuk.. ummi pujuk ngempeng..


sampailah dia tertidur dengan rambut tokak ni..
aloooo ciannya anak ummi..
malam sikit.. dia bangun..
babah ajak teruskan projek membotak terus..
dia mamai2 bangun tidur..
ummi peluk dukung sambil ngempeng..
dengar je bunyi mesin meraung macam apa..
babah terpaksa teruskan..
sambil2 pujuk2..
mesti jiran2 pelik kenapalah asyik kerja nangis tu..
hehehe.. sekejapan babah dah siap botakkan..
taraaaaaaaaaaa..


selepas dipujuk.. dan dimandikan..
yeay! abang motak in d houseeee..


asyik2 pegang kepala..
dah lama tak botak..
tu yang dia rasa pelik agaknya..
lepas ni kalau babah nak teruskan plan membela rambut ilham..
bolehlah..tapi harap2 jangan ada yang potongkan dalam diam ye..
apa pun ummi suka ilham botak..
nampak kemas..
sekian cerita “abang motak”
;)

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!