pagi khamis yang tak berapa nak indah..
bergegaslah kami ke KK Gelang Patah..





ikut plan asal konon2 nak sampai 7.30am..
sekali terlewat pulak 8 lebih baru sampai..
nasib baik tak terlepas 8.30am..
kalau tak sia2 kena datang hari lain..




ok tahniah..
my lucky number 0053..
tunggu dalam 1/2 jam maka sampailah turn saya..
mula2 macam biasa nurse sedut darah dulu..
untuk hiv test..apa lagi satu test tak ingat..
dan the latest one talasemia test..
huhuhu.. tak sanggup makcik nak tengok..
masa ilham dulu tak ada lagi untuk talasemia test..
haaaaa.. tu ha "air sirap bandung 3 layer" yang sedap tu..
gambar dalam cawan yang dah siap sedia tak sempat nak snap..
ni pun curi2 snap yang bancuh dalam jug..ekeke..
sebab masa tu tengah fokus nak menghabiskan je..




lepas minum..
silalah menabahkan diri menunggu lebih kurang 2 jam lagi..
hadoiiii.. ya Allah tuhan je yang tahu..
macam nak terkeluar balik semula..
huhuhuhu..




untuk menghilangkan rasa mual2..
marilah kita melayan sudoku ye kekawan..
sambil2 tu kita layan whatsapp dari kawan2..
sambil juga berbual2 dengan jiran sebelah..
bertukar2 history bersalin..
jiran sebelah sampai pening tahan nak muntah..
fuhhhh.. saya maintain cool aka buat2 cool.. ;)
padahal dah sampai dada dah nak terkeluar isi perut..

lebih kurang pukul 10 lebih..
sampailah turn nak ambil darah semula..
fuhhhh.. lega mak rasa..
lepas ni kalau nak terkeluar gasak la keluar..

adoiiii nurse ni cucuk tempat yang sama tau..
sakit kita..hehehe..kita dah la penakut.. ;)
macam biasa result keluar next week..
if ada GDM lagi dia akan call..
ya Allah mudah2an GDM tak suka dengan ummi ilham kali ni..
syuuuuuhhhhh..syuuuuuuuuuuuuhhh..
nyah kau GDM..
tapi kalau dah ada juga apa nak buat..
redha je la.. disamping mengontrol makan..

ok.. nanti nak story pasal abang long wannabe pulak..
makin banyak aksi2 terlampau abang long wannabe ni..
saja kan nak uji kesabaran ummi.. hehehe
esok birthday babah ilhams..
malam ni apa kata kita simbah dia dengan telur n tepung..
hehehe..aehhh tak mo la kejam sangat..
susah nanti nak bersalin ;)