20 months aka 1 year 8 months..
how time flies.. pheeewwwwwww~
dah nak masuk 2 tahun dah hero kechik ummi..
dah nak jadi abang long kan..

masih membesar dengan susu FREE dari ALLAH..
alhamdulillah.. subhanallah..
selain khasiat yang tiaa tandingan ilham dapat..
sesungguhnya Allah juga bantu ummi dan babah jimat belanja..
alhamdulillah..
tak terjangkau dek akal..
kalau Allah tak gerakkan hati ni untuk BF ilham..
dah berapa agaknya duit belanja susu bulanan ilham sepanjang 20 bulan..
terima kasih ya Allah.. kerana menguatkan semangat ummi ilham..
terima kasih atas rezeki susu yang tak semeriah orang lain..
tapi alhamdulillah cukup untuk anak ummi ni..
mudah2an 4 bulan terakhir ni berjalan lancar..
tanpa memudaratkan ummi, baby dan abang ilham..

jom kita skodeng abang long wannabe yang tengah banyak ragam..
;)




suka suki dia tak nak pimpin tangan dengan babah..
nak jalan sendiri tapi melencong ke lain..




nahhhh.. boss kechik tengah syok tengok boboiboy..
kenyang perut suka hati..
baik punya landing..




ni dia buat perangai..
ambil songkok babah n pakai..
lepas tu sambil goyang kiri kanan panggil nama ummi..
"miiiii.. miiii.."




bila ummi buat2 tak layan sambil tengok tv..
dia menambah aksi..
joget2 depan ummi..

**abaikan suasana depan tv tu ye.. hehehe**




ni masa on the way nak pergi belanja barang dapur..
pantang nampak kamera..
"peace" katanya..




sampai mydin..
dia tetiba berani nak naik kereta ni..
babah layankan je la..
siap lambai2 ummi lagi..
hehehehe~




tetiba ambil earphone babah..
letak kat telinga konon2 tengah dengar lagu..
kepala goyang2 sambil panggil..
"miiii.. miiii.."tepuk2 peha ummi..


**ilham memang suka panggil ummi ke babah kalau dia buat sesuatu..
selagi tak tengok selagi tu dia tak puas hati**

earphone ni..abang harith selalu bagi dia kat rumah ibu zura..
tu yang pantang jumpa earphone..
kadang2 wayar charger pun dia ambil sumbat kat telinga..
aiyakkkkkkkkkkkkkk..




kopiah ni pemberian tok chik dia..
memang standby dalam kereta..
tiap kali naik kereta je dia suruh pakaikan..
ummi nak snap dia start la dengan "peace" tak jadi dia tu..
peace tau bukan "1 malaysia" :p
ooppsss baru perasan tangan kiri main lighter..
cisssssss..




oleh kerana ilham refuse ebm time ummi kerja..
jadi ummi bekalkan susu dutch lady kid..
bukan sekadar refuse ebm..
dia dah tak mo minum dalam botol susu langsung dah..
konon dah besar sangat la tu kan..
tapi bila ummi balik kerja siap la..
mendapatkan ummi macam tak jumpa setahun..
sambil sebut..
"shushu..shushu.."

bila dia dah lama tak nampak ummi mengepam..
ada satu hari tu, dia ambil corong pam ummi..
dia letak kat nenen dia sambil goyang2 tunduk..
"miiii..miiii..shushu..shushu"
ummi n babah bantai gelak je tengok..
terpahat dalam ingatan dia aktiviti ummi sepanjang jangka hayat dia..
mudah2an ilham hargai setiap titis susu yang Allah bagi..

mulut sekarang memang nak bercakap je la..
alhamdulillah walaupun belum jelas sepenuhnya..
masih boleh faham lagi..

ummi dan babah masih praktikkan petua tak nak bagi anak cakap pelat..
kami pun cakap bahasa tak pelat..
kang kalau dah ummi babah terpelat2..
konfem la tergeliat lidah ilham nak cakap pelat juga..

aeh makin panjang pulak update pasal abang long wannabe ni..
tak pe lah kan..sebab memang dah lama tak update perkembangan dia..
alhamdulillah.. sepanjang 20 months ni..
ummi berjaya sikit2 mengikut "natural parenting"
even tak dapat follow semua..
alhamdulillah ada sikit2..
mudah2an dapat dibuat untuk adik2 ilham nanti..
ilham so far memang tidur tak berbuai..
tak pernah sekali pun berputing kopek akak pacifier..
bila dia tengok2 kawan berputing tu dia nampak hairan sikit la..

alhamdulillah juga ummi masih bekalkan makanan dari air tangan ummi..
tanpa menyusahkan ibu zura untuk masakkan lauk ilham..
menu2 biasa such as sup ayam, ikan, sayur..
sayur masak tumis air.. ayam goreng, ikan goreng..
yang penting memang kena ada kuah..
sebab dia suka berkuah2..
selagi mampu ummi akan bangun masak untuk ilham..
feveret hero kechik ni.. sayur..
kalau sayur tu, dia main ratah2 gitu je..
memang tak pernah menolak..
maybe sebab dari kecil ummi dah ajar makan puree sayur2..

baby wearing sempat praktis sekejap je..
ilham ada perasaan gayat dikendong..
maybe sebab kurang pendedahan..
sekarang ummi dah ada sikit ilmu untuk handle kalau dia gayat..
sekali ummi dah syok nak berbaby wearing..
tup2 tahu ilham nak jadi abang long..
terus stop nak kendong ilham..
dengan babah dia agak kureng nak berkendong..
tak apalah tunggu baby baru keluar..
memang niat nak berbaby wearing dengan jayanya..
niat dan hajat lagi satu..
nak buat DIY ring sling..
ring dah beli sejak workshop baby wearing..
tapi kainnya belum nampak bayang lagi..
mudah2an berjaya..

hmmm..
stop dulu celoteh..
petang ni nak bawak abang long wannabe pergi KDPM..
nak timbang berat lagi..
harap2 naiklah berat bujang sorang tu..
makan kussssssss semangat..
naik tak banyak..
ikut ummi dan babah dia ok je..
janji sihat kan..
doa2kan berat ilham naik ye..
kalau tak kena jumpa dietitian la gamaknya..
fuhhhhh..beratlah beratlah..
ekekeke~