Me

Ingatkan Timbang Jek.. Rupanya Kena Suntikan Anti Tetanus (ATT) @ Kancing Gigi..

Monday, May 27, 2013

last 2 weeks kan memang nurse dah pesan datang semula..

sebab berat naik melampau sampai 4kg..

saya tak rasa naik sampai 4 kg kot..

still tak nak terima kenyataan.. Smile with tongue out

sebab maybe tukar penimbang dari KKGP ke KDPM..

apa pun redha je la..

dah naik banyak tu terima je la..

siapa suruh makan banyak..

Hot smile

 

C360_2013-05-27-11-47-41-842

 

result timbang hari ni..

naik sekilo jek.. yeay!

so sekarang berat ummi 63.3kg

lalalalalalala.. sambil bernyanyi girang..

 

C360_2013-05-27-11-48-03-202

 

nurse aka mak pah tanya camana kontrol diet..

kontrol tak kontrol sangat la..

tapi kalo dah melantak nasi pagi kat opis..

tengahari tak makan lagi nasi..

tapi balik rumah konfem nak nasi..

nurse tanya masih susukan ilham..

saya jawab masih lagi..

dia dah start suruh wean off..

sabar ye.. sikit je lagi saya nak ke garisan penamat..

sebulan setengah jek..

saya berdoa semuanya dipermudahkan..

 

bila dah check baby segala bagai..

yang saya ingat sebanarnya datang timbang semata..

mak pah kata..

“hari ni kita bagi injection ye”

erkkkkkkkkk.. Sick smile

“injection apa ek mak pah?”

tetiba blur macam pestaim preggy..

“oo..kancing gigi”

hmmmm.. baiklah dalam kata lainnya pasrah..

Smile with tongue out

 

C360_2013-05-27-10-18-43-966

 

baru tengok rak tu dah seram..

jeling mak pah..

nampak jarum panjang..

scarrrrrrrryyyyyyyyyyyyy..

Crying face

 

C360_2013-05-27-10-18-24-635

 

tapi cuba menberanikan diri..

dengan mengembangkan hidung sendiri Smile with tongue out

babah ilham berjanggut tunggu kat luar..

sebab terpedaya janji manis ummi..

“alaa.. sekejap jek ni..ummi kena timbang jek..”

dan dia pun terpedaya..

sorry babah..

 

C360_2013-05-27-10-27-51-910

 

masuk kereta, mengeluh kejap sengal lengan..

sengal tangan kanan meriba ilham semalam tak hilang lagi..haisyhhh..

babah dipaksa mensnapkan gambar..

ikut hati dia malas nak layan..

tapi akur ummi ilham nak jadi blogger tegar Smile with tongue out

gambar tu nak tunjuk lengan segumpal yang dicucuk..

bukan nak tunjuk jari yang semakin domok ye..

harap maklum..

 

ok jom baca info pasal suntikan kancing gigi kat bawah..

 

Credit info:

Blog http://rizaros.blogspot.com/2012/07/suntikan-anti-tetanusatt-atau-kancing.html

Pentingnya cucuk kancing gigi(ros copy paste jer kt blog amal) :-


- Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Jadi suntikan anti-tetanus ni untuk mengurangkan kebarangkalian terkena jangkitan kuman tersebut.


- Kuman ni boleh masuk melalui luka. Luka untuk wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka pada faraj (luka episiotomy).


- Dulu-dulu hospital tak banyak. Kebanyakan wanita yang bersalin hanya bersalin di klinik, disambut oleh bidan tradisional. Peralatan yang digunakan dikhuatiri tidak bersih. Jadi WHO & Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan suntikan tetanus pada ibu hamil - mencegah kadar kematian bayi dan ibu.


- Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang.


- Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.


- Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.


- Suntikan tetanus sudah menjadi tidak relevan sekarang kerana sudah banyak hospital dibina. Peralatan yang digunakan juga bersih dan dibasmi kuman.


- Suntikan ini juga boleh mendatangkan effect seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab tulah ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.


- Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya - mengurangkan risiko jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pedalaman.


- Pendapat Dr Zubaidi:


Saya sendiri tidak menegah jika ibu yang hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko.
Tetapi manalah tahu tanpa dirancang, seorang ibu boleh melahirkan anak di dalam kereta, di lif bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jadi lebih elok saja menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan.

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!