Credit to: PA&MA

Oleh: Editorial PaMa
Tarikh: 29 Mei 2013

kunyit

 

Menurut kajian, masalah perut buncit akibat kehamilan boleh berkekalan jika tidak diatasi dengan segera. Elakkan makanan berlemak sewaktu berpantang tetapi jangan abaikan pengambilan makanan berkhasiat.

Masa penyediaan: 30 minit

Bahan-bahannya:

*100 gm ikan bilis

*3 sm kunyit tua dikisar halus

*3 sm lempoyang dikisar halus

*2 sudu kecil lada hitam

*2 sudu minyak untuk menumis

Cara menyediakannya:

1.Goreng ikan bilis tanpa minyak.

2.Tumbuk kasar ikan bilis goreng bersama lada hitam.

3.Dengan kuali bersih, tumis bahan yang dikisar hingga naik bau.

4.Masukkan ikan bilis dan lada hitam yang ditumbuk tadi ke dalam kuali dan gaul rata.

5.Sedia dimakan bersama ulam-ulaman dan nasi panas.

 

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

 

sila salin resepi ni ye adik2..

macam terkecur pulak tengok..

rasa tak sabar nak makan lauk2 pantang..

especially lauk ikan haruan masak singgang.. masam2 gitu kan..

yummmmyyyyy..

sedapnya.. babah sila take note juga..

tolong cari ikan haruan untuk ummi ye..

mudah2an kali ni dapat bersalin secara normal..

tanpa sebarang masalah..

amin..

Smile