My Breastfeeding Journey

The 731 Days Journey of Breastfeeding – Congrats Ummi & Ilham Dah Dapat PhD in Breastfeeding.. Alhamdulillah :)

Sunday, July 14, 2013

{Entri ini bukan untuk menunjuk2 apa lagi membangga diri.. entri ini untuk catatan peribadi untuk dikongsi bersama.. catatan seorang ibu bekerjaya yang menyokong 100% penyusuan susu ibu.. semua dengan izin Allah dan usaha dan semangat yang tak pernah padam.. disamping kata semangat dan dorongan dari yang tersayang, family dan rakan2 seperjuangan.. jemput baca sekiranya ianya boleh dijadikan sumber motivasi anda.. bakal ibu atau ibu yang sedang berjuang menyusukan anak syurga tersayang}


_MNM7502

“Our precious moment..”

 

Segala puji bagi Allah.. Tuhan sekelian alam..

Alhamdulillah.. dengan izin Allah ummi berjaya menyusukan Ilham selama 2 tahun..

Subhanallah.. Allah makbulkan niat dan doa saya..

mungkin nampak mudah bagi sesetengah orang..

tapi bagi saya, menyusukan anak bagi ibu yang bekerjaya amat2 mencabar..

kalau tak dek kerana kekuatan semangat yang ada..

dorongan dari suami dan kawan2.. mungkin misi saya terhenti di tengah jalan..

 

macam2 dugaan yang saya lalui..

bengkak susu, melecet, susu merundum.. pam rosak..

masalah biasa bagi ibu2 menyusu..mungkin ada lagi yang lebih mencabar..

alhamdulillah Allah masih bagi kekuatan..

kekuatan untuk saya tangani semua tu dengan sabar dan tak putus asa..

setiap titisan susu yang Allah anugerahkan tak saya sia2kan..

semuanya hanyalah untuk Ilham Syahmi..

 

biar pun digelar makcik jual kopok..

kata2 itu buat saya lebih kuat..

lebih bersemangat nak mengendong beg pam ke pejabat..

sebab saya yakin rezeki Allah cukup untuk anak saya..

saya yakin kebaikan susu ibu untuk anak saya..

kalau bukan saya yang berkorban untuk anak.. siapa lagi?

Ilham penguat saya untuk meneruskan perjuangan ini..

awal2 saya pesan dengan babah Ilham..

biar orang lain tak support saya, janji suami saya ada support saya..

itu lebih menguatkan lagi azam saya nak mencapai misi ini,,

 

untuk ibu2 di luar sana..

nasihat saya, pasang niat lebih awal seawal usia kandungan..

setkan dalam minda masing2 bahawa susu ibu adalah susu terbaik didunia..

susu yang Allah kurniakan ini mempunyai khasiat yang tiada tandingan..

tak boleh sibeli di mana-mana..

gali ilmu sedalam2 yang mungkin terutamanya yang bekerja..

dengan ilmu yang ada dapat membantu kita membuat persediaan fizikal & mental..

saya amat2 beruntung dikelilingi kawan2 yang menyokong penyusuan susu ibu..

selain dapat menambah kenalan sehingga kini kami masih berkongsi ilmu2 keibubapaan..

lihatlah betapa besarnya kuasa Allah dan susu ibu menjadi perantaranya..

menyusukan anak bukan sesuatu perkara yang membebankan..

malah dapat mengeratkan lagi hubungan ibu dan anak..

 

Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.

(Al-Baqarah 2:233)

 

ibu2 harus faham betul2 konsep asas penyusuan ibu ya..

demand & supply concept atau konsep penawaran dan permintaan..

jika tiada permintaan maka tiadalah pengeluaran..

jika kita aplikasikan dalam penyusuan susu ibu, jika tiada permintaan untuk susu..

maka tiadalah pengeluaran susu..

 

sedikit tips berjaya dalam penyusuan susu ibu:

1. Kerapkan penyusuan/ mengepam – kerapkan menyusukan anak ketika dirumah.. kalau anak tidur kejutkan.. sekurang2nya 3 jam sekali.. offer anak.. jangan tunggu anak nangis  baru ibu terkocoh kacah nak bagi susu.. semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu dihasilkan.. semakin banyak permintaan susu..semakin banyak bekalan susu terhasil. kerapkan mengepam.. waktu elok mengepam selepas jam 12 tengah malam sehingga 6 pagi kerana pada masa ni hormon prolaktin banyak dihasilkan. kalau anak tidur, ambil peluang pam.. kadang2 saya ada juga terskip pam.. tapi cari masa cover balik..

2. Sentiasa berfikiran positif – ni sangat2 penting.. sentiasa yakin yang susu kita cukup untuk anak.. insyaAllah Allah bantu kita..masa menyusukan anak atau mengepam tenangkan fikiran.. bayangkan yang indah2 antara ibu dan anak.. secara ta langsung ia membantu penghasilan susu ibu.. jangan cakap susu tak cukup.. susu tak cukup.. itu doa.. nanti Allah tarik balik rezeki yang ada..

3. Dapatkan ilmu/ maklumat – dalam dunia yang serba moden ni.. info dihujung jari.. tapi make sure maklumat tu betul.. banyak group2 di FB yang boleh membantu.. antara yang banyak membantu saya di awal penyusuan group FB Kumpulan sokongan Ibu2 Menyusu (KIM).. rajinkan membaca.. tambah ilmu.. beli buku jika perlu.. pergi ke kelas2 penyusuan susu ibu.. hadiri Support Group Meeting di kawasan anda.. dapatkan senarai Peer Counselor terdekat untuk dapatkan bantuan bila perlu.. itu semua saya buat seawal mengandungkan Ilham.. Allah gerakkan hati saya untuk mencari gali ilmu.. alhamdulillah ilmu yang saya ada, saya dapat kongsikan dengan kawan2 yang berniat untuk menyusukan anak..

4. Kumpul stok – frankly speaking.. sepanjang menyusukan Ilham stok saya tak semeriah mana.. sekadar cukup2 makan.. tapi saya yakin stok yang ada cukup untuk Ilham.. ada ketikanya saya pam hari ini untuk esok.. tapi saya kuatkan semangat.. stok memang penting saat2 getir.. bila ibu di datangi “kawan baik” tiap2 bulan.. confirm masa tu production susu terjejas.. stok sangat2 perlu untuk cover balik hasil pam hari tu.. kita pun tak tahu tahap kesihatan kita, bila2 masa Allah boleh tarik nikmat sihat tu.. jadi andai kata tiba2 ibu kurang sihat dan pengeluaran susu terjejas, stok sangat2 membantu..

5. Usaha, Doa & Tawakkal – setelah kita berusaha menyusu, mengepam.. banyakkan berdoa pada Allah.. insyaAllah Allah bantu.. sambil2 menyusu dan mengepam amalkan zikir.. Ya Matin.. semoga Allah menganugerahkan kita susu yang cukup untuk anak.. seterusnya bertawakkal.. semuanya dengan izin Allah..

ni antara yang dapat saya share..

kalau kawan2 nak tahu.. ummi ilham ni ada cita2 tau..

cita2.. nak jadi Peer Counselor..

kalau boleh ummi nak bantu semua ibu2 yang menyusukan anak2..

nak bantu kawan2 semua..

sekarang ni pun kalau ada kawan2 yang perlukan bantuan insyaAllah saya bantu..

saya pun tak banyak ilmu..

yang ada ni pun perlu digali lagi..

jadi ibu pun baru je 2 tahun.. banyak lagi perlu belajar..

kalau ada antara ibu2 yang tak berjaya menyusukan anak2..

jangan putus asa ye.. anggap saja itu dugaan untuk ibu..

usaha untuk anak2 yang akan datang..

ibu bukanlah ibu yang gagal.. no..no..no..

mungkin bukan rezeki ibu nak menyusukan anak buat masa ni..

doa banyak2 insyaAllah Allah Maha Mendengar..

satu hari nanti pasti doa ibu dimakbulkan..

 

panjang pulak celoteh ummi Ilham..

saja nak share kegembiraan saya..

Allah je yang tahu betapa saya rasa bersyukur dapat menjayakan misi penyusuan

selama 2 tahun ni.. subhanallah..

alhamdulillah susu saya masih belum berhenti dari saat melahirkan Ilham..

niat hati nak meneruskan penyusuan untuk anak syurga saya Muhammad Ilham Syakir..

Allah lebih tahu apa yang terbaik..

tak sempat Syakir merasa susu ummi..

kalau tak.. boleh ummi buat tanderm nursing kan..

abang Ilham sebelah kanan Syakir sebelah kiri..

nampaknya rezeki susu ni untuk abang Ilham sambung lagi..

ummi akan extend lagi penyusuan Ilham..

mungkin lebih dari 2 tahun..

alhamdulillah sepanjang mengandung pun susu masih ada..

Ilham memang bertuah dapat menyusu tanpa henti..

syukur ya Allah..

 

stop dulu..

mata dah kelabu asap..

nak taip entry ni pun berjam2..

ada gangguan baby tua ummi sorang ni..

siapa lagi kalau bukan Ilham Syahmi..

sepanjang berpantang ni.. dia syok gila la..

susu ummi meriah.. asyik nak bergayut je kerjanya Smile with tongue out

nanti saya share lagi ilmu2 yang saya ada ye..

walaupun misi penyusuan susu ibu selama 2 tahun saya dah berjaya..

tapi saya belum berhenti dari menyusukan Ilham..

tentunya saya tak akan berhenti menggali ilmu lagi..

kalau ibu2 nak baca kisah suka duka sepanjang 2 tahun penyusuan..

boleh klik link kat bawah ni..

semuanya saya share kat blog chokia saya ni..

http://herneenazir.com/category/breastfeeding/

 

nahhhhhh..

tengoklah gembiranya anak syurga saya yang disusui sepenuhnya dengan susu ibu..

 

z74GAs622EQ8vQvYJOHQelNe1sYNoDperArsZe_H76o

 

masih belum berjaya buat “peace”

ni babah deko birthday card untuk Ilham..

semalam ummi tak sempat upload.. Smile

thanks babah..

 

75c8bxRrWYRCrOcTmd9mqHNfLC7XFicKPJhBjWpZk8c

 

Dedikasi untuk para2 penguat semangat ummi:

Ilham – thanks Ilham sebab bagi kerjasama sepanjang 2 tahun.. tanpa Ilham misi ummi takkan berjaya.. thanks sebab memahami ummi yang berkerja ni.. ummi love u so much! Red lips

Babah Ilham – thanks babah sebab bagi semangat dan dorongan pada ummi.. ada dalam susah senang.. tukang pujuk ummi time ummi nangis susu merundum Smile with tongue out alamak kantoi sudahhhhhh.. thanks sesangat.. alhamdulillah ummi berjaya bantu babah jimat belanja Winking smile love u babah! Red lips

Rakan2 seperjuangan/ Peer Counselor/ Geng2 Susu Ibu – thanks semua atas tunjuk ajar.. dorongan dan kata2 semangat.. semoga Allah merahmati ibu2 yang menyusukan anak.. berjuang hingga titisan yang terakhir.. saya sayang kawan2 semua.. Red lips

Thanks semua family/ adik2 sesiapa saja yang bagi semangat pada saya.. muaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhh.. Red lips

 

**ummi ilham feeling2 dapat award.. okbai! Smile with tongue out

 

XOXO,

Ummi Ilham

140713

11.59pm

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!