Bento

#bentoilhamsyahmi | Bento 11-14 Feb 2014

Friday, February 14, 2014

hai bertemu lagi di dalam segmen #bentoilhamsyahmi

ececehhhhh.. bajet macam pengacara rancangan bento kat tv ke?

ok jom zoom in #bentoilhamsyahmi dan #bentoummiilham minggu ini..

 

10 Feb, ummi ilham OFF DAY berbento..

pergi makan angin laut macam dalam entry ni..

 

1459990_10202744431959560_2029365560_n

#bentoilhamsyahmi 11 Feb 2014

nasi bear + sawi & carrot goreng + ayam goreng (malam tadi dia request nak ayam upin ipin) + sup kosong (tak ada dalam gambar) brokoli stim + jagung rebus

#bentoummiilham

aneka sushi + brokoli & carrot stim + jagung rebus
meriah mak ngah kaler bento kami anak beranak..

 

1535392_10202751418454218_1407809246_n

#bentoilhamsyahmi 12 Feb 2014

nasi bear & rabbit atas pagar (abaikan pagar ummi yang tak menjadi & tak kemas hehehe) + tomyam ayam berbrokoli bercarrot bercendawan inoki + 2 keping karipap sardin (walaupun ilham kadang2 cuma suka makan tepi2 je) + popia nestum

#bentoummiilham

breakfast: karipap sardin
lunch: baki tomyam ayam ilham + japanese cucumber buat ulam2.. nasi putih terpaksa beli sebab pagi tadi masak nasi tersikit..hehehehe


babah ilham tak berbento.. sempat breakfast karipap sardin before pergi kerja ;)

 

1507823_10202759785343385_294262300_n

#bentoilhamsyahmi 13 Feb 2014

nasi putih rupa apa pun tak pasti + ikan siakap masak singgang + bak choy goreng bersotong

#bentoummiilham

breakfast: sandwich sardin
lunch: nasi putih + ikan siakap masak singgang + ulam timun jepang


babah ilham breakfast sandwich sardin + white coffee

 

1656130_10202766385748391_1874121352_n

#bentoilhamsyahmi 14 Feb 2014

Nasi putih "i love my family" asal boleh jek ummi ilham ni + sup sayur + ayam goreng upin ipin

#bentoummiilham
breakfast: kuih cara berlauk (beli frozen dari kawan babah ilham.. perniagaan adiellah frozen food.. recommended! sedap..


lunch: nasi putih + asam pedas ikan belanak (lauk malam tadi) + ulam timun jepun lagi ;)

 

bila ummi tunjuk kat ilham..

“ilham.. nanti makan banyak tau”

(sambil tunjuk kat carrot 3 beranak tu)

“yang ni babah.. yang ni ilham.. yang ni ummi”

ilham senyum sambil buat muka excited..

“oooooo.. babah, isyam nami, ommi”

Winking smile

 

semoga ilham makan dengan kenyang..

makanlah air tangan ummi selagi ummi berupaya sediakan untuk ilham..

semoga ilham syahmi jadi anak soleh..

mendengar kata ummi babah.. amin..

perjuangan berbento diteruskan sehingga bila2..

Smile 

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!