Doa Berbuka Puasa

Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1435H/ 2014M Bagi Seluruh Negeri Johor & Negeri-Negeri Seluruh Malaysia

Monday, June 23, 2014

Assalamualaikum Smile

Nak share Jadual Waktu Imsak Dan Berbuka Puasa Tahun 1435H/ 2014M Bagi Seluruh Negeri Johor. Di bawah juga saya ada copy & paste link untuk negeri2 lain Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1435H/2014M. Semoga bermanfaat! Winking smile 

 

Zon 1 : Pulau Aur dan Pulau Pemanggil

waktu-buka-puasa-johor-2014

 

Zon 2 : Daerah Johor Bahru, KulaiJaya, Kota Tinggi , Mersing dan juga pulau-pulau berhampiran

waktu-buka-puasa-johor-2014-1

 

Zon 3 : Daerah Pontian dan Kluang

waktu-buka-puasa-johor-2014-2

 

Zon 4: Daerah Batu Pahat, Muar, Ledang, Segamat dan Gemas Johor

waktu-buka-puasa-johor-2014-3

 

Untuk negeri2 lain, boleh klik link di bawah:

Tahun 2014

  • Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 1435H/2014M

 

1.   Negeri Sabah

2.   Wilayah Persekutuan Labuan

3.   Negeri Sarawak

4.   Negeri Johor

5.   Negeri Pahang

6.   Negeri Terengganu

7.   Negeri Kelantan

8.   Negeri Sembilan

9.   Negeri Melaka

10. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya

11. Negeri Selangor

12. Negeri Perak

13. Negeri Pulau Pinang

14. Negeri Kedah

15. Negeri Perlis

 

credit info: http://apps.islam.gov.my/efalak/takwim-fenomena

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga mendapat keberkatan dari Yang Maha Esa. Jangan lupa niat puasa Smile

 

Lafaz niat sehari:


Lafaz setiap malam. Niat ringkas:

نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.

 

Lafaz lengkap:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

 

Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.

 

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:

Lafaznya:

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.

Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:

“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu Berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.

Doa Berbuka Puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت
Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan

Hukum Puasa Di Bulan Ramadhan

Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ – (Surah Al-Baqarah: 183)}}

Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa’i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan”

Credit to: http://ezany-kun.com/lafaz-niat-sehari-puasa-sebulan-puasa-dan-doa-berbuka-puasa/

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!