Tips

Tips Ramadhan Untuk Ibu Menyusu & Ibu Hamil

Saturday, June 28, 2014

Salam Ramadhan untuk semua pembaca blog herneenazir.com

Tips ringkas dari saya, salah seorang dari jutaan ibu menyusu.. harap2 memberikan manfaat untuk ibu2 semua.. pengalaman pertama saya berpuasa sambil menyusukan ilham pada tahun 2012.. mula2 memang agak mencabar tapi berkat Ramadhan alhamdulillah mampu juga mengharunginya.

Tips cara saya:

~ Sahur dan berbuka dengan makanan yang berkhasiat.. sahur dihujung waktu, dengan mengambil nasi.. dari kecil memang dah terbiasa sahur dengan nasi.. berbuka pun saya memang akan ambil nasi..

~ Pengambilan air masak yang secukupnya untuk mengelakkan dari dehidrasi.. pastikan minum air masak secukupnya agar membantu pengeluaran susu..

~ Pengambilan kurma dan susu untuk tenaga juga sebagai milk booster.. dulu saya suka buat kurma + badam shake.. caranya, susu HL , kurma dan badam (yang disangai dan dikisar) saya campurkan jadi minuman ketika bersahur.. alhamdulillah membantu kekal cergas..

~ Pengambilan supplement.. ok part ni saya ambil ESP, Performance Drink untuk bersahur.. alhamdulillah membantu saya kekal cergas bertenaga.. (ini bukan nak promote bisnes Smile with tongue out)

~ Sentiasa berfikiran positif.. jangan risau susu tak ada.. insyaAllah susu yang Allah bagi cukup untuk bekalan anak kita sepanjang Ramadhan..

~ Teruskan mengepam seperti biasa.. jangan skip.. walaupun kita berpuasa.. insyaAllah susu masih ada..

~ Jangan gelabah dan panik andainya pengeluaran susu kurang.. teruskan berdoa insyaAllah ada rezeki anak2 kita.. doa..doa..doa..

~Jangan paksa diri.. andainya tak mampu ibu menyusu dan ibu hamil diberikan rukhshah puasa..  Allah memberi rukhsah (keringanan) pada ibu menyusu dan ibu hamil untuk berbuka, sekiranya kita tak mampu meneruskan puasa..

Dari Anas bin Malik, , ia [1] berkata : “Kudanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam mendatangi kami, akupun mendatangi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, aku temukan beliau sedang makan pagi, beliau bersabda, “Mendekatlah, aku akan ceritakan kepadamu tentang masalah puasa. Sesungguhnya Allah Tabaraka wa Ta’ala menggugurkan 1/2 shalat atas orang musafir, menggugurkan atas orang hamil dan menyusui kewajiban puasa”. Demi Allah, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam telah mengucapkan keduanya atau salah satunya. Aduhai sesalnya jiwaku, kenapa aku tidak (mau) makan makanan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam” [Hadits Riwayat Tirmidzi 715, Nasa'i 4/180, Abu Daud 3408, Ibnu Majah 16687. Sanadnya hasan (baik, red) sebagaimana pernyataan Tirmidzi]

 

ok setakat ini tips dari saya.. semoga bermanfaat.. setiap ibu punya pengalaman berbeza.. andainya ada yang boleh dijadikan rujukan dan panduan, silakan mengguna pakai tips dari saya..

“Selamat menunaikan ibadah puasa dari kami sekeluarga.. ampun maaf dipinta andai ada kata2 yang mengguris perasaan semua.. semoga ibadah kita diterima oleh Yang Maha Esa”

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!