Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Ramadhan ~ Day 14 Laksa Johor

Monday, July 14, 2014

selagi lagi entry “pertama kali” hehehe

pertama kali ummi ilham buat “Laksa Johor” yawwwwwwwww~ setelah berkali2 bertahun2 di rekues oleh auntie tata.. Ramadhan ke 14 baru mencuba Winking smile

 

nah ni rupa Laksa Johor Versi Ummi Ilham.. rupa takde rasa yummy.. eh terpuji diri sendiri pulak.. ekekeke~

 

IMG_20140712_220911

 

Resepi asal follow resepi Laksa Johor Mat Gebu jugak..

 

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA JOHOR :-)

800 gram ikan Japanese Mackeral @ ikan kembong

250 gram isi udang

Isi ikan kurau masin sebesar 3 inci x 3 inci, rendam

4 camca besar udang kering, rendam hingga lembut.

2 camca besar kerisik

1/2 inci lengkuas, dititik

3 keping asam gelugor

1 biji bawang besar*

2 ulas bawang putih*(*kisar halus)

2 camca besar cili kisar

2 camca besar rempah kari daging

2 camca besar ketumbar serbuk

1 camca besar jintan manis serbuk

1 1/2 liter santan kelapa

1 genggam daun kesom

2 kuntum bunga kantan, belah dua setiap satu

Sedikit daun selasih **daun selasih tak dapat dihubungi..jadi kurang 1 bahan..

Garam dan gula secukup rasa

 

IMG_20140712_154554

 

BAHAN-BAHAN ULAMAN :-)

Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan

Kacang panjang, dihiris halus

Daun kesom, hiris halus

Daun selasih, hiris halus **tiada dalam gambar

Timun, ambil bahagian luar dan buang empulurnya, hiris halus

Bawang besar, hiris halus

 

IMG_20140712_162143

sambal belacan penyedap rasa..

 

BAHAN-BAHAN LAIN :-)

Sambal belacan

Spaghetti, direbus hingga lembut dan toskan, kemudian di "chap" (dibuat sanggul)

Limau kasturi secukupnya, dibelah dua

 

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. UNTUK KUAH LAKSA JOHOR :- Satukan rempah kari, ketumbar serbuk, jintan manis serbuk, cili kisar dan bahan kisar halus, kacau rata dan ketepikan. Udang dicelur, asingkan kulitnya, kisar halus, ikan direbus, asingkan dari tulang, kisar halus, udang kering ditoskan, isi ikan kurau masin juga ditoskan dan potong kecil, kisar halus udang kering dan isi ikan kurau masin tadi. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis lengkus, bahan kisar + rempah ratus tadi hingga harum, dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu. Tuang santan dan juga stok air rebusan udang dan ikan. Kacau rata. Masukkan isi ikan kisar, udang kisar dan udang kering + isi ikan masin kurau kisar. Kacau hingga semua rata dan mesra. Biar mendidih.
  3. Masukkan kersik, asam gelugor, bunga kantan, daun kesom dan sedikit daun selasih. Kacau dan biar hingga sedikit pekat. Tambah garam secukup rasa dan gula secukupnya. Masak sekejap lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api. Ketepikan.
  4. UNTUK LAKSA JOHOR :- Ambil secukupnya spaghetti yang telah di chap tadi ke dalam bekas sesuai. Tuang kuah laksa secukupnya, kemudian hias dengan bahan2 ulaman, letak sambal belacan dan juga belahan limau kasturi, hidangkan segera.

CATATAN MAT GEBU :- Untuk sambal belacan tu, anda tumbuk 4 biji cili merah + 6 biji cili padi + 1 inci belacan yang dibakar harum + secubit garam = tumbuk hingga halus, boleh hidangkan bersama laksa Johor tadi... Selamat mencuba!!...

 

=======================================================

 

alhamdulillah menu seperti yang dirancang.. pukul 12pm dah terpacak kat dapur menyiapkan bahan2.. mengenangkan banyak step2 nak buat.. merebus ikan udang segala.. jadi prepare awal.. jadi cepat siap cepat dapat rehat..

ada mamat tu setiap kali jengah dapur.. sibuk tanya ummi..

“omi masak apa tu?”

“ummi nak buat laksa.. masak ikan udang..”

“ooo.. isyhh3.. ya Allah.. pandai omi ahak”

ilham memang tak lepas dari pujian..walaupun ummi masak kelaut ekeke~

kejap2 datang lagi bagi soalan yang sama..ilham..ilham..

 

yang pestaim buat laksa macam saya rasa agak leceh sikit la kan.. tabah sungguh orang yang bisnes laksa ni kan.. yang sebenarnya bosan nak asingkan tulang ikan tu jek Smile with tongue out banyak pulak alasan ummi ilham ni kan.. hehehe

alhamdulillah siap masak pukul 4pm.. cium bau kuah laksa memang tak menghampakan..kita tunggu time buka.. mantop ke tak..hehe.. bila sampai time berbuka.. hmmmm.. dalam hati “pandai gak aku buat laksa johor” ekekeke~

partner semeja kata.. “ikut resepi mana ni?”

“resepi mat gebu lah mana lagi”

“bagus resepi dia ek.. bulan puasa ummi masak serba kena jek rasanya”

ecehhhhhhh..kembang kuncup 5 saat~ Hot smile

saya tak terer masak.. tapi semangat nak masak dengan kasih sayang tu yang lebih..hehehe

sesubuh hari pun kami sahur repeat makan laksa johor.. alhamdulillah nanti boleh masak lagi..

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!