Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Ramadhan ~ Day 17 & 18

Thursday, July 17, 2014

Ramadhan ke 17 teringin nak repeat kue tiaw goreng tapi kali ni nak letak kerang.. call ayu dah petang hari suruh cari kerang.. mana nak jumpa kak oiii.. sudahnya kue tiaw goreng udang dan sotong jek lah.. rasa nak makan jemput2 ikan bilis jugak.. biasanya menu2 saya fikir masa kat office.. kalau rajin malam kat rumah pun berangan juga nak masak apa..

 

IMG_20140715_190202

 

abaikan taugeh yang tak sempat di buang ekornya.. almaklumlah terkejar2 balik memasak.. nak layan hero kechik kejap ajak golek2..

 

IMG_20140715_190319

 

jemput2 ikan bilis ummi ilham.. rasa heaven jemput2 lalu kat tekak.. belum sampai waktu berbuka si hero kechik dah suruh suap dia kue tiaw goreng.. ingatkan dia tak naka jemput2.. sekali tengok eh bedal juga..

alhamdulillah.. minggu babah kerja siang memang berbuka dua beranak jek lah..

semalam pulak, rasa nak makan masak lemak labu digabung dengan ikan kering dan sambal belacan.. bila fikir2 babah ilham yang tak layan lauk labu2 ni, terus menambah lagi satu lauk.. ikan kembung masak sambal..

berdoa kat office mudah2an ada la labu kat kedai.. alhamdulillah rezeki..

taraaaaaaa..

 

IMG_20140716_190949

 

Resepi Masak Lemak Labu

 

Bahan2:

1/4 biji labu

1 kotak kecil santan

1 biji bawang merah - saiz besar **ditumbuk

1 ulas bawang putih - saiz besar **ditumbuk

2 cm kunyit hidup **ditumbuk

1 genggam ikan bilis **ditumbuk

1 batang serai saiz besar - titik

1 helai daun kunyit – siat dan ikat

Garam secukup rasa

 

Cara2:

Bersihkan labu dan buang kulit kemudian dipotong menjadi ketulan kecil dan masukkan dalam periuk siap2.. kemudian masukkan bahan ditumbuk (bawang besar, bawang putih, ikan bilis, kunyit) ke dalam periuk bersama santan cair, masukkan daun kunyit , serai dan garam..gaulkan semua bahan dan masak sampai kuah santan mendidih dan labu separuh masak .

masukkan santan pekat dan garam secukup rasa..biarkan labu masak dan menjadi empuk tapi saya berangan sampai labu terlembik Smile with tongue out  bila dah masak boleh la ditutup api dapur.. kang kering pulak kuah tu kang..

 

IMG_20140716_190632

ikan kembung masak sambal

 

IMG_20140716_190606

sambal belacan..

 

IMG_20140716_190908

ikan kapak masin.. separuh jek..separuh lagi simpan..

 

alhamdulillah dapat makan apa yang dihajati.. hari ni dapur hernee nazir cuti.. ada jemputan berbuka puasa di 7 Spice, Danga Bay.. esok insyaAllah berbuka puasa di rumah Mokde..

selamat berbuka semua!

Flirt female

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!