Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Sambal Tempoyak Ikan Bilis

Friday, July 11, 2014

dulu saya tak pandai makan tempoyak..bukan tak pandai tak suka langsung..sejak study kat uitm lendu, bff saya ain selalu bawak sambal tempoyak ummi dia.. sejak dari tu saya pun dah terpesona dengan sambal tempoyak.. sampaikan time cuti balik kampung suruh mak buat tempoyak dan saya akan goreng sambal tempoyak sendiri.. Smile

last week singgah gerai kawan saya dida, tengok ada pulak jual tempoyak..dalam hati berfikir2 nak beli ke tak.. last2 tak beli pun.. dah beberapa hari baru contact dida nak beli tempoyak..

 

IMG_20140707_130415

nahhh tempoyak fresh air tangan ummi, mak dida..

 

Sambal Tempoyak Versi Ummi Ilham

Bahan2:

2 sudu tempoyak

segengam ikan bilis

1/2 biji bawang besar

5 batang cili padi (ikut kepedasan yang disukai)

garam

 

Cara2:

tumbuk bawang besar, cili padi dan ikan bilis.. selalunya saya goreng ikan bilis asing.. tapi hari tu ngengada pulak tumbuk semua.. syok sangat menumbuk sampai terlumat ikna bilis.. aduiii.. bila dah siap.. panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk.. bila dah agak garing masukkan tempoyak.. gaul rata..

taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

dah siap!

 

IMG_20140707_130450

 

tapi ummi ilham bedal sorang jek la.. babah ilham? hmmmm bertuah sangat kalau dia suka.. baru rasa sikit dah macam nak terkeluar balik.. tekak tak boleh terimalah tu..hehehe.. pembuka selera bila makan dengan nasi panas.. Smile

abaikanlah minyak yang terlebih tu ye Nyah-Nyah]

selamat mencuba!

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!