Coaching Santai

Apa??? Team #GEGEMASU Serang Gelang Patah??? ;)

Tuesday, September 23, 2014

alhamdulillah Sabtu lepas Team GEGEMASU sampai juga di teratak kami..

Apa tu Team GEGEMASU?

Sebenarnya ianya ringkasan dari Gerak Gempur Master Supermom (GEGEMASU). Inisiatif dari Master Hadhatina dan Master MKB bersama2 Team Supermom untuk membantu leader2 yang berpotensi untuk lebih fokus bagi mengorak langkah dan mengembangkan sayap ke peringkat seterusnya dalam cycle ini..

Alhamdulillah.. kami suami isteri antara leader yang terpilih untuk program ni.. insya Allah kami akan menyahut cabaran untuk menjadi Coordinator pada Oktober 2014 dan Senior Coordinator pada Febuari 2015. Doakan kejayaan kami ye Smile

Orang jauh datang berkunjung ke rumah kita, takkan nak bagi air kosong je ye dok? Fikir punya fikir menu apa nak dihidangkan.. sudahnya saya order Mee Rebus Mok Teh saya, dan saya beli ketam dan udang ketak atau nama saintifiknya udang epo direbus cicah sambal kicap.

sebelum sesi coaching santai bermula jom kita menjamu selera.. Plate

 

20140920_140531

 

20140920_141602

 

antara leader2 Supermom yang hadir berkongsi tips..

of kos mami dan dedi saya.. Mami Salwa & Dedi Pojie.. Kak Miah & Abang PB.. Ainul & Faiz.. Nurul & Akmal..

dan tentulah..

 

20140920_141608

 

nanny kesayangan kami.. Master Hadhatina & Master MKB sekeluarga..

 

20140920_141616

 

lepas makan, coaching santai pun bermula.. walaupun santai tapi tips dan info yang diberi memang sangat2 berguna.. membuka mata saya dan suami.. mudah2an segala usaha kami dipermudahkan.. kami nak bantu lebih ramai lagi untuk sihat dan berjaya dengan Shaklee..

 

20140920_162518

 

sebelum berpisah, kita bergambar beramai2 dulu.. abaikan jek lah background rumah saya yang kurang kemas tu ye.. tak habis2 lagi mengemas Smile with tongue out

terima kasih untuk Team GEGEMASU yang sudi meluangkan masa untuk kami..

cerita kami tak habis di sini.. diorang dah terpikat dengan ketam dan udang epo segar dari laut.. jadi kami pun plan la nak bawak diorang ke jeti Tanjung Nelayan, nak cari seafood.. bawa ke hujung kampung sekejap selagi kampung saya ni belum jadi Forest City Winking smile

 

20140921_114651

 

awal2 kami dah belikan siap2 ketam, udang ikut order dari diorang.. malangnya tak ada rezeki nak beli udang ketak/ epo.. dah kehabisan.. nelayan yang baru balik pun tak bawak hasil udang epo.. bukan diorang yang terkilan, saya yang rasa terkilan.. Crying face

jom shopping lagi.. kali ni masuk ke kawasan Kg. Pendas Baru..

 

20140921_120334

 

abaikan nyonya sesat ni..

 

20140921_120355

 

dah siap2 membeli seafood untuk bekalan balik, kami pun bergegas balik.. diorang ada misi seterusnya GEGEMASU nak serang Ulu Tiram.. harap2 Team GEGEMASU tak serik ye datang Gelang Patah.. insyaAllah panjang umur kita jumpa lagi..

 

xoxo,

Hernee & Nazir

Future Working At Home Mom (WAHM) & Working At Home Dad (WAHD) with 5 figures income!

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!