cabaran blogging day 13 – Petua Orang Lama

petua orang2 lama ni jangan diabaikan ye.. kadang2 memang mujarab.. arwah mak pun dulu rajin bagi petua2 orang lama kat saya..

 

1) Petua bibir cantik merah bak delima merkah

sebelum tidur rajin2 la sapu madu.. kalau tak ada madu boleh guna majerin.. kesannya insyaAllah kulit bibir lembab dan kemerahan..

 

2) Petua kuku cantik berkilat

rajin2kan basuh dengan air limau kasturi.. biar daki2 dicelah2 kuku hilang.. lepas tu ambil beberapa ulas bawang putih, hancur/ tumbukkan.. sapukan pada kuku.. insyaAllah kuku akan kelihatan berkilat dan bersinar2.. ecehhhhhhhhhh..

 

3) Petua hilangkan sedu


Tarik nafas sedalam yang boleh, lakukan 3 atau 4 kali.. pastinya sedu anda beransur hilang selepas itu.. ada orang kata kalau baby sedu letak cebisan benang atau kain di dahi.. hmmm rasanya petua tu tak betul.. baby sedu oksigen keluar masuk berlaga di saluran pernafasan.. jadi cukup dengan memberikan susu ibu, lama2 sedu pun hilang..

 

4) Petua menyuburkan tanaman

Arwah mak saya memang suka buat dulu.. perut ikan disimpan dalam rendaman air  untuk disiram pada pokok2.. insaAllah gemuk subur pokok2 tanaman..

 

5) Petua melembutkan, mengilatkan dan menghitamkan rambut

Sapu santan kelapa pada rambut, biarkan beberapa minit.. lakukan seminggu sekali.. hasilnya rambut akan jadi lembut, bersinar dan hitamm.. nak mudah beli jek shampoo Prosante Shaklee Thumbs up

 

6) Petua kuku cagu

Ambil daun pokok keembong.. tumbuk macam nak buat inai.. dan pakaikan dijari yang kukunya cagu.. daun keembong akan mengecutkan cagu dan mengeluarkan nanah..

 

7) Petua awet muda

Bangun pagi, sebelum gosok gigi minum air masak sambil selawat 3 kali dan biarkan air dalam tadi selama 10 saat sebelum ditelan.. air liur kita ada enzim yang baik untuk kesihatan badan.. yang penting ambil air masak sekurang2nya 3 liter sehari..

 

8) Petua elakkan mabuk naik kenderaan

haaaa petua ni arwah mak juga yang buat kat saya.. dulu kecil2 setiap kali naik kenderaan saya akan mabuk.. Allah je yang tahu macamana seksanya sampai rasa menyampah nak naik kereta atau kemana2.. satu hari tu saya join rombongan sekolah.. arwah mak potongkan keledek kecil2 letak dalam plastik dan bekalkan.. dia kata kalau rasa nak muntah kemam keledek tu.. alhamdulillah serasi.. tak jadi muntah.. yang selebihnya mind setting ye dok.. hehehe..

 

9) Petua untuk menghilangkan selsema bayi

Ambil 2 3 ulas bawang putih, penyekkan dan bakar.. campurkan dengan minyak masak atau minyak zaitun.. sapukan pada tapak kaki, hidung dan dada bayi..

 

10) Petua cantik semulajadi

rajin2lah sedekahkan senyuman tu.. kalau muka cantik tapi tak suka senyum dan kedekut senyum.. tetap nampak tak cantik..

 

sekian dari nenek hernee Princess

uhuk2..

 

p/s nak sihat luaran dalaman dengan cara berkesan, selamat dan mesra alam??? apa tunggu lagi jom cuba Shaklee Winking smile