ok saya mulakan cabaran ni dengan entry day 1.. “Siapa Saya”

 

20140608_224604

 

Saya Hernee Samshudin anak hasil perkongsian hidup En. Samshudin Yahya dan Almarhumah Hajjah Kasmah Binti Daud, insyaAllah bulan depan genap 6 tahun menjadi isteri kepada Mohd Nazir Mahat dan ibu kepada Muhammad Ilham Syahmi (3 tahun), Kupu2 Syurga Muhammad Ilham Syakir dan 4 lagi zuriat yang tak sempat menjengah dunia serta ibu susuan kepada seorang puteri anugerah Allah setelah kehilangan Muhammad Ilham Syakir iaitu Zara Safiyya Shahrul Rizal (1 tahun).

Berusia 33 tahun tapi sentiasa berjiwa 23 tahun Smile with tongue out  mempunyai 3 orang adik beradik yang kesemuanya gegirl tapi tak berapa nak power puff girl sangatlah.. ekeke~ graduated from UiTM London.. eh salah UiTM Lendu, Alor Gajah Melaka. cita2 murni nak jadi cikgu tapi tak kesampaian sebab KPLI asyik kantoi hahaha.. jadi teruskan mengais pagi makan pagi, kais petang makan petang bersama encik suami di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah Johor.

Saya penyokong tegar “penyusuan susu ibu” dan alhamdulillah telah berjaya menyusukan anak sulung saya Ilham Syahmi selama 2 tahun 11 bulan. saya berharap semoga saya diberikan kekuatan untuk meneruskan “breastfeeding journey” yang indah ini bersama bayi yang bakal lahir Februari 2015 akan datang insyaAllah. InsyaAllah juga, saya akan meningkatkan lagi imu penyusuan saya dengan menyertai “Malaysian Breastfeeding Peer Counsellor (MBfPC) pada bulan Oktober nanti. Doakan saya ye Winking smile

Saya juga pengguna tegar Shaklee dan yang paling penting, saya dan suami adalah Shaklee Independent Distributor.. ecehhhhhhhhhh promote sikit..

shaklee independent distributor gelang patah

 

IMG_20140608_134159

 

Insya Allah kami dalam proses menuju puncak untuk merealisasikan impian kami sebagai “Working At Home Mom (WAHM)” dan “Working At Home Dad (WAHD)” with 5 figures income dalam masa terdekat dan seterusnya menjadi “Master Coordinator Shaklee” Amin..

Banyak lagi nak cerita sebenarnya, tapi cukuplah saya melalut sampai di sini.. kalau yang dah lama baca blog chokia saya ni tentu kenal serba sedikit tentang saya kan.. jadi rajin2 la scroll entry2 lama Smile with tongue out

ok done 1st entry.. 6 more to go.. chaiyok2 ummi ilham!

Flirt female