Blog

Cabaran 30 Hari Blogging | Day 8 – Fashion Saya “Simple & Menutup Aurat”

Tuesday, September 23, 2014

cabaran hari ke 8 – Fashion Saya

saya makcik2 kampung jek.. tak ada istilah nak berpakaian stylo mylo.. apa yang penting menutup aurat, breastfeeding friendly & wudhu’ friendly.

Jom kita tengok satu persatu:

1) Shawl – saya memang penggemar shawl.. tak kiralah apa jenama pun even shawl jual kat pasar lambak, janji saiznya XL, tak jarang dan kain yang mudah untuk di lilit.. buat masa ni memang tengah syok kumpul shawl dari koleksi Cala Qisya.. memang menepati citarasa saya.. pashmina biasa tu pun ok..lagi best sebab kainnya mudah dibentuk dan lebar senang nak menyusukan anak boleh jadi cover.

** kalau dah malas sangat saya sarung jek tudung bawal Aidi Juma Yang sepuluh hengget tu.. ringkas dan mudah..

2) Jubah/ Dress Breastfeeding Friendly – dah jadi mak2 ni.. lagi2 mak2 yang support breastfeeding 100% haruslah menitik beratkan pemilihan baju yang dipakai.. saya memang suka berjubah/ dress dan kebiasaannya kalau nak berjalan dengan ilham saya akan memilih yang BF friendly.. mudah nak nursing in public..

3) Blouse – dari segi pemilihan blouse pun sama.. kebanyakkannya yang mudah untuk saya menyusukan anak.. kecualilah ke office, kadang2 pakai blouse yang tak bf friendly pun masih ok lagi..

4) Skirt/ Palazo – saya suka menggayakan blouse dengan skirt atau palazo.. nak kata koleksi tu banyak sangat tak juga.. tapi ada la berbagai2 warna untuk di suai padan dengan blouse yang ada..

5) Kasut – saya lebih suka kasut sarung jek gitu.. dah tak minat dah nak ber’high heel’ kecuali ada majlis2 formal.. tu pun jarang le.. lebih senang kasut sarung jek.. sekarang ni tengah syok lenjan kasut crocs yang sangat selesa pada saya.. ke office ke berjalan ke kast tu jek yang sedap.. pakai sampai lunyai Smile with tongue out

itu jek kot fashion ummi ilham yang ala kadar ni..

jom tengok!

 

20140621_114435

Program “Jom Hebat Selatan” anjuran Master Lyna Noh & Master Zainul..

Maggie Shawl, Blouse & Pleated Skirt by Cala Qisya

 

20140626_132145

Jalan2 Hello Kitty Town,

Zaraa Shawl & Blouse by Cala Qisya (blouse yang sama..feveret blouse) | Palazo – beli kat pasar pagi Senggarang..

 

IMG_20140608_213223

Shaklee National Conference 2014 (berlatar belakangkan Master Hadhatina & Master MKB)

Maggie Shawl by Cala Qisya | Maxi Dress by Ellyz Fashion

 

20140728_162247

Hari Raya 2014

Maggie Shawl & Sabrina Maxi Dress (Nursing Friendly) by Cala Qisya

 

macam iklan Cala Qisya pulak hehehe.. nak buat macamana saya memang peminat Cala Qisya.. kebetulan jumpa gambar2 ni jek.. bedal jek la labu.. apa2 pun untuk muslimah di luar sana, berpada-padalah dalam berfesyen.. jangan duk nak nampak stylo sangat sampai tak sedar terdedah sana sini.. bersederhana itu lebih baik.. Be right back

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!