Dari Dapur Hernee Nazir

DDHN | Resepi Homemade Meatball Ala IKEA

Wednesday, September 17, 2014

rasanya dari pregnantkan arwah syakir memang teringin nak buat "homemade meatball ala IKEA ni..
tapi asyik kelaut jek angan-angan tu kan..
weekend lepas merajinkan diri juga la akhirnya..
saja nak cuba2..

setahun hoii simpan resepi ni..

saya follow yang paling senang jek la kan..
kang complicated sangat mahu simpan resepi ni 2 tahun lagi :p

petang sabtu gigih mencari bahan kat mydin..
balik rumah terus la memulakan projek..
gigih mak buat meatball uolls.. first time katanya..
buat homemade meatball.. 
hentam la labu sebab ada bahan yang tak dijumpai iaitu bread crumb..
haisyhhhhhhhh.. nak buat sendiri kemalasan melanda..
pasrah jek la tak cukup bahan..

ni resepinya..

Resepi Meatball Ala IKEA 
Resepi asal: Cetusan Kella 
(http://kellazule.blogspot.com/2012/11/recipe-homemade-meatball-ala-ikea.html)

250-300gm Daging Cincang 
Bawang putih – optional je tak letak pun takpe
Sebiji bawang besar Holland – dicincang sgt halus
Bread crumb – agak agak la ¾ cwn, untuk kekentalannya **bread crumb MIA :p
1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur – di pukul sedikit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Sedikit lada sulah
¼ cawan susu segar
Secubit allspice – tak letak pun takpe ** saya letak all spice
Sedikit minyak untuk mengguli
Garam secukup rasa

Cara-caranya:
Masukkan daging kisar, bawang besar,bread crumb, lada hitam dan sulah, tepung gandum, susu, telur dan garam. Uli semua bahan tersebut hingga rata serta kental, Kalau agak lembik, sila tambahkan lagi breadcrump itu. sedia untuk bulatkan meatball itu comey comey.. =)
Letakkan sedikit minyak di atas tangan supaya bahan-bahan tadi tidak melekat. Meatball yang siap diuli dikukus dalam periuk kukusan selama 10-15 minit.
Kalau taknak kukus nak goreng terus pun terpulang la.
Saya kukus terlebih dahulu kemudian bakar dalam oven beberapa minit.

Untuk Gravynya :

1 biji bawang besar holland -dipotong dadu lalu digoreng hingga layu sahaja, dan ketepikan.
2 sudu butter
1 1/2 sudu tepung gandum
sebiji tomato besar- di potong dadu
1 1/2 cawan air sejuk, *
100ml susu segar/susu cair *
3 sudu sos tomato *
3 sudu sos tiram *
2 sudu kicap manis *
2 sudu lada hitam *
1 cube ayam/ daging* - saya guna kiub daging lembu, lebih terasa keenakkannya..
sesudu gula * - ikut taste la, saya tak letak sebab dah secukup rasa


Cara-caranya: 

1. Caikan butter dan masukkan tepung gandung, goreng hingga warnanya bertukar agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan bawang yang telah digoreng tadi dan seterusnya tomato.
3. Masukkan semua bahan2 yang bertanda * , kacau sebati hingga mendidih.
4. Sejukkan seketika dan kisar sos ini supaya bahan2 seperti bawang dan tomata itu tadi hancur .


Untuk sayuran:
Baby Carrot **carrot biasa jek.. baby2 tak de..
Brokoli
dikukus beberapa minit sahaja.. dan apabila diangkatnya terus rendam seketika dalam air ais..
tujuannya untuk kerangupan sayuran tersebut.. cubitkan sedikit garam untuk rasa..
kentang goreng penambah selera

jenuh haaaaa menguli bahan meatball :p
nasib baiklah ilham tak ngacau..




oleh kerana bread crumb tak ada, maka ummi ilham pun "memandai2" la menambah sukatan tepung..
nampak fizikalnya macam ok jek kan..






bila dah gentel2 bulat, dapatlah 2 loyang..
hamboiiiiiiiiii kalah orang nak bisnes.. hahaha
baunya memang tak menghampakanlah..
abaikan jek la saiz yang kecil besar kecil besar tu ye..
dah siap2 gentel2 kita kukus..




taraaaaaaaaaaa..
inilah hasilnya.. sebelum orang lain rasa..
baik tukang masak rasa dulu.. ekekeke..
rasa boleh tahan tapi macam ada something yang kurang..
tak pe lah kita tunggu apa kata juri tetap..

lepas meatball dah siap, kita berjuang buat gravvy pulak..
lupa nak snap rupa gravvy in the making..
gravvy pun meletopsssss sedap rasanya..
ok sila puji diri sendiri.. walaupun ada 2 sos yang terlupa beli.. :p
suruh babah singgah kedai beli sebelum balik kerja..

jenuh juga tunggu juri tetap balik..
dia sampai jek kita adjust gravvy tambah sos tomato dan sos tiram..
dia siap2 mandi kita dah hidang atas meja..
taraaaaaaaaaaaaaa..




saya tambah kentang goreng dan black pepper sauce..
ilham makan meatball sikit jek..
yang lebihnya ummi dan babah yang melantak..
lega dapat merealisasikan impian tekak :p

komen ikhlas daripada juri tetap;
meatball rasa ok tapi "kurang mantol".. gravvy rasa memang sedap, cukup rasa..
bila babah sebut "kurang mantol" jek ummi dah gelak sakan.. 
geli pulak hati kita kan.. kan main nak mantol lagi..
dia kata nak macam rasa meatball armiya..
agak2 le babah oii.. pestaim ni buat meatball..
bajet tambah tepung dia ok, rupanya ko..
tapi rasa, bau memang mengancam.. hehehe 
next time boleh buat lagi lah macam ni..
tapi tak boleh lebih2.. meletop penimbang.. ekeke~

sesiapa nak mencuba, try la resepi ni..
memang menjadi..kecuali meatball kurang mantol ummi ilham tu jek la..
boleh diperbaiki.. ;)

p/s next project.. ummi ilham teringin nak buat "overnight oat" jugeeeekkk.. asyik tengok kawan2 jek tayang.. nak juga merasa hasil air tangan sendiri.. ;)

You Might Also Like

2 Th♥ught (s)

  1. hahahaha..kisah seorang mak yg berangan nak bukak gerai meatball..ekekeke

    ReplyDelete

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!