cekonon.. ummi ilham ni macam ada angan2 nak bercucuk tanam..
tapi bercucuk tanam yang simple2 jek la.. limited space kan..
pokok kari, pokok limau purut arwah mak masih hidup lagi dalam pasu belakang rumah.. senang le nak mengkari ke mentomyam ke kan..







nak jimat cari jek botol2 terpakai ni kan tanam sayur dalam botol jek.. tanam sayur2 simple jek.. nak suruh babah ilham belikan tanah nanti..
benih pertama yang nak ditanam..
jeng.. jeng.. jeng..

benih bunga telang aka bunga nasi kerabu.. dapat benih dari wan zul opismet..
macam ye2 jek kan.. ngalahkan orang nak bisnes nasi kerabu gamaknya..
macamana rupa bunga telang? ni haaaaa..






mudah2an hidup la pokok bunga telang saya tu nanti kan..
siapa2 nak bisnes nasi kerabu saya supply stok bunga telang kui3..

next saya plan nak tanam pokok bunga sikit2..
saja2 buat hias2.. hilang2 boringkan.. nak juga rumah nampak hijau2.. hehehe







dapat tanam dalam pasu2 cenonit macam ni pun dah ok.. suwit muwit gitu.. marilah kita berangan.. bukan kena bayar pun kan..

dari angan2 tu kalau betul2 kita fokus dan usahakan insyaAllah akan jadi kenyataan..
tapi sebelum tu kena tambah ilmu juga..

sesimple mana pun aktiviti kita kalau ditambah dengan ilmu konfem akan jadi lebih bermanfaaat.. ye dok?

ni tips saya google.. gambar2 di atas pun hasil google..

=====================================



TIPS PERMULAAN UNTUK BER'”TANAMSENDIRI”

Hari ni, nak share beberapa tips untuk sesiapa sahaja yang baru bercadang/berminat/terfikir nak bercucuk tanam secara kecil-kecilan dirumah. Fokus aku lebih kepada tanaman sayur dan buah-buahan. Kalau bunga tu, aku sendiri belum berjaya tanam pokok bunga bermula dari benih. Tips ni juga adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri yang bermula dengan 0 pengetahuan tentang gardening. Sekarang pun, bukan la nak kata pandai sangat. Masih banyak perlu belajar. Tanam pokok pun masih tak berbaja, jarang siram dan jarang cabut rumput sebab hubungan jarak jauh dengan pokok-pokok yang aku tanam tu. Hehehe...

☼ TIPS I : BENIH PERCUMA

Ini adalah cara aku bermula. Benih yang aku dapat ialah benih Roselle. Boleh baca entri tentang benih percuma ni dekat ✏ http://whatever-ville.blogspot.com/2011/09/nak-cuba-tanam-pokok-roselle-lak.html. Ni pun rezeki aku bila tiba-tiba jumpa blog ni. Cara lain nak dapatkan benih percuma, singgahlah ke blog www.tanamsendiri.com. Tiap-tiap bulan, memang akan ditawarkan benih percuma. Tapi jangan la demand nak benih percuma jenis lain dari yang ditawarkan. Cara lain, kalau ada member-member atau jiran-jiran yang bercucuk tanam, apakata korang cuba tanya kalau ada pokok yang ditanam sudah kering dan boleh dijadikan benih. Mungkin boleh kot cara ni.. Selain mula bertanam dengan benih, boleh juga cuba yang paling senang.Tanam bawang. Sebab ini la yang aku buat masa mula-mula belum bertemu dengan blog tanamsendiri.com. Segala apa yang ada dekat dapur aku tanam. Bawang, kentang (tak menjadi), kunyit, halia.. Mak aku geleng kepala je tengok. Namun, sekarang pokok kunyit dan halia dan membersar dengan jayanya.. Semua ini adalah PERCUMA.


☼ TIPS 2 : GUNA APA YANG ADA

Jangan risau nak pergi ke nursery untuk beli tanah kalau rumah korang dah dikelilingi tanah macam aku. Tapi kalau rumah taman, mungkin tak cukup tanam, boleh la kalau nak pegi beli. Sama juga dengan pasu. Kat rumah aku memang dah banyak pasu tinggalan arwah ayah aku. Jadi, tak perlu pening kepala nak fikir nak tanam dalam apa. Untuk kawasan kecil, mungkin pasu diperlukan. Bagi aku, hanya untuk semaian benih aku letak dalam pasu. Bila dah besar, aku pindah terus ke tanah. Tapi tak salah kalau nak tanam sayur dalam pasu. Kalau nak lagi jimat, guna je apa-apa bekas kat rumah. Bekas telur, bekas yogurt, kotak minuman, botol minyak. Begitu juga dengan alat-alatan. Kalau nak beli pun, beli yang asas. Tak yah nak beria beli cangkul bagai. Beli je yang kecik-kecil. Pergi Daiso, kedai RM2, dll. Beli yang murah-murah sahaja.


☼ TIPS 3 : BAJA SEMULAJADI

Boleh buat baja kompos sendiri dari bahan-bahan dapur yang terbuang. Contoh boleh baca dekat ✏http://www.tanamsendiri.com/2010/09/membuat-baja-kompos-sendiri.html


☼TIPS 4 : TANAM SESUATU YANG SENANG

Jangan la pulak korang g tanam pokok durian ke, betik ke.. Cuba yang paling senang dan tak cerewet nak jaga.Bagi aku, Roselle memang senang tanam. Campak, siram.. Tak letak baja pun. Kena cara, dalam 3 bulan boleh dapat hasil. Contoh lain, tanam bawang. Dah boleh dapat daun bawang dalam masa kurang sebulan. Kalau ada beli kangkung, ada lebih sikit, campak ke tanah. Memang akan bercambah baru. Ini adalah untuk mengelakkan dari korang rasa putus asa sebab lambat dapat hasil.


Bagi aku, ni la tips yang paling mudah untuk mula-mula kita berjinak-jinak dengan tanam sendiri. Bila kita tanam sesuatu yang mudah, mudah la kita dapatkan hasil. Bila dah dapat hasil, mesti kita rasa lebih confident untuk tanam sesuatu yang lebih sukar. Tapi harus ingat. Akan ada masa, tanaman tak menjadi. Jangan putus asa. Kita cuba cari punca. Sebab tu bagi aku, kalau nak bermula dan tak ada bajet, gunakan apa sahaja yang ada. Kalau kita dah melabur beli benih mahal-mahal, peralatan yang mahal-mahal, akhirnya tak jadi, kita juga yang sakit hati nanti..