Family

Pindah Dan Randah :p

Tuesday, September 09, 2014


terima kasih rumah yang banyak bagi pengalaman hidup berdikari selepas 6 bulan berumahtangga.. kat sini lah saya belajar handle rumah sendiri.. pejam celik pejam celik 5 tahun dah menetap kat sini..

“babai rumah babah..”

akhirnya selepas mommy ngah kahwin dan pindah ke Batu Pahat, kami 3 beranak pindah semula ke rumah tok ayah ilham aka rumah ummi ilham la kan..

“welcome back to rumah ummi”



ummi tak banyak pun tolong..

tolong tengok..

tolong tunjuk2 adalah.. hehehe.. semuanya babah yang uruskan.. babah mengemas sampailah mengangkat semua dia yang buat dibantu oleh staff2 tok ayah.. takut nak melasak2 sangat..

rumah babah kami sewakan.. Acu Nuar pun ada sewa sekali dan tolong tengok2kan rumah tu jadi lega sikitlah hati ni nak tinggalkan rumah yang sekangkang kera jek dari rumah sekarang..

awal2 memang budak kecik ni merengek nak balik rumah babah.. dah sebulan ni alhamdulillah.. dia ok jek.. lagi suka sebab bebas dan lagi luas nak keluar masuk rumah.. lagi dia suka sebab berjiran dengan opah (mak idah) yang dia percaya 100% itu ialah nenek upin & ipin.. ekekeke.. pantang nampak opah.. sure tanya..

“opah mana upin dan ipin?”

“mana kak ros?”

lagi best.. auntie bariah dipanggilnya “kak ros”
sikit2 nak jengah rumah opah.. nak balik rumah opah la apa la..ummi layankan jek janji dia tak merengek..
ni aktiviti yang paling dia suka bila dah pindah rumah.. kalau dulu tak ada ruang pun kat area pangsapuri tu nak mandi manda dalam kolam cenonit ni.. sekarang, pantang nampak.. nak berendam jek kerjanya..









siap la terjerit2 panggil babah ummi..
sibuk sangat nak mandi kolam pakai seluar katok kata dia.. seluar katok ummi baru belikan untuk “potty training” ilham.. so far dah pernah try la free diapers.. ada la dua kali terkucil.. “ommi.. tumpah” rupanya dia dah terkencing.. ekekeke~

ehhh termasuk cerita potty training pulak.. tunggu next entry la cerita penuh ye..

ok sekarang rumah kami memang ada ala2 tongkang pecah sikit la kan.. harap maklumlah pada tetamu yang datang.. masih dalam proses mengemas lagi baju bajan yang nak dilipat dihanger segala bagai.. tak sangka duduk 5 tahun rumah sendiri kussss semangat harta karun.. sesiapa free meh sini tolong ummi ilham mengemas baju.. hehehe

yang penting ummi suruh babah siapkan SOHO kami dulu.. tu sangat2 penting untuk kami terus fokus bisnes Shaklee dan babah punya editing process untuk album customer kan..
oklah penat membebel.. tunggu next entry cerita kahwin2 mommy ngah..


babai!

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!