cabaran blogging day 20 – cikgu paling best di sekolah..

wahhhhhhhh.. dah hari ke 20.. maknanya ada 10 tajuk jek lagi.. harap2 usaha rajin mengupdate blog saya berkekalan la gamaknya.. Nyah-Nyah

bercerita pasal “cikgu paling best di sekolah” ni saya rasa saya ada ramai cikgu2 yang best2 belaka..'

 

JBA1048

credit pic: http://www.ppdjb.edu.my/v3/sekolah2.php

 

saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Kupang..

 

JEA1043

credit pic: http://www.ppdjb.edu.my/v3/sekolah2.php

 

dan bersekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Adang..

pada saya semua cikgu ada kelebihan masing2.. kalau di sekolah rendah saya suka..

Cikgu Salleh.. dia ajar Matematik.. dia suka buat aktiviti “congak” sebelum kelas bermula.. dia akan tampalkan duit syiling kat dahi dan soal kami sifir, penambahan, penolakan secara spontan.. dan siapa dapat jawab dia akan dapat duit syiling kat dahi dia tu.. seronok! hehehe

Cikgu Hamid.. ajar seni.. dia suka belanja kitorang minum abc.. suka layan budak2.. hehehe

Cikgu Anesabirin.. lupa ejaan nama dia.. saya suka sangat dia.. dia ajar Alam dan Manusia kalau tak silap.. lepas tu ajar kitorang tarian.. saya dan bff memang aktif menari kalau ada apa2 event kat sekolah.. selalunya balik2 muka kitorang la yang join.. hehehe.. cikgu anes memang sporting gila.. suka layan kerenah kitorang.. tapi sekarang dah lost contact lama gila.. andainya cikgu terbaca blog saya.. sila tinggal nombor telefon ye cikgu.. Smile

cikgu sekolah menengah pulak..

Cikgu Syikin.. actually ni cikgu praktikal dari UTM, Skudai.. tapi saya and bff rapat gila sampai jadi kakak angkat.. pernah ikut balik kampung kat selangor.. hehehe.. siap panggil kak ikin.. tapi bila dah habis sekolah semua lost contact.. kalau kak ikin terbaca.. contact la saya semula Winking smile

Cikgu Othman.. cikgu seman garang sebenarnya ajar maths.. tapi masih boleh kawtim kalau tak siap homework.. sebab selalunya dalam banyak2 soalan tu saya suka skip mana yang saya betul2 tak reti nak buat.. selalunya orang kena ketuk ketampi 100 kali saya kena 50 kali jek.. ekekeke..

ramai lagi cikgu2 best.. tak mampu nak senaraikan semua.. cikgu karim.. ustazah normah.. cikgu suhana.. apa pun terima kasih cikgu cikgi semua.. jasa tetapku kenang Winking smile