tanggal 25 oktober 2014.
**eceh skema bukan main ayat ummi ilham**
maka berakhirlah tempoh ilham dibawah jagaan ibu zura sepanjang ummi dan babah mencari rezeki.

kenapa tak jaga lagi?
insya Allah dalam bulan Disember ni ibu akan dapat adik baby baru.
maka ummi terpaksalah carikan ilham baby sitter baru.

masa mula2 dapat tahu yang ibu dah tak nak jaga, siang malam rasa risau. ya Allah permudahkanlah pencarian baby sitter baru untuk ilham. 

alhamdulillah kawan saya azie bagi idea untuk merisik2 cik nora, kawan baik arwah mak. dia pun memang baby sitter dan tak pasti masih menjaga anak orang lain ke tak. saya mencuba nasib dan alhamdulillah cik nora nak jaga ilham. syukur.

3 tahun ilham membesar dengan ibu sepanjang ummi babah bekerja.
terima kasih banyak2 pada ibu, ayah, abang reza dan abang harith yang sudi melayan kerenah ilham. Allah je yang mampu membalas jasa ibu sekeluarga. kami doakan keluarga ibu dimurahkan rezeki, semoga Allah permudahkan ibu bersalin nanti.

dari baby bawa ke besar 3 tahun ni ilham memang serasi dengan keluarga ibu. kira dah jadi second family kan. ibu pun dah anggap ilham macam anak sendiri. ummi babah pun sangat2 rasa terhutang budi dengan ibu yang boleh bertolak ansur dan berlebih kurang dengan kami. kadang2 rasa malu kalau biar ilham lama2 kat rumah ibu walaupun ibu tak kisah.

ni last day sabtu hari tu, ilham ikut ibu pergi jemputan kahwin.


IMG-20141025-WA0008


ilham with ibu..


IMG-20141025-WA0009


ilham with abang reza..


IMG-20141025-WA0010


ilham with abang harith..

ummi balik training, dia tak cukup nafas bercerita jalan2, makan2 dengan ibu. alahai sedih pulak hati ummi. ummi yang sentap lebih sebenarnya. sedih ilham dah tak tinggal dengan ibu. padahal rumah kami dekat je :p dulu lagi la dekat jiran depan rumah je. sekarang kami dah pindah kena naik kenderaan la kan nak turun ke bawah tu. mesti ilham rindu dengan "kuih ibu" aka donut kan. bila ummi cakap nanti ummi buat kuih ibu eh. dia jawab "eh.. tak payah.. biar ibu je buat" :p

setiap malam ummi babah pujuk dia. bagitau dia ibu dah tak jaga ilham lagi. ilham kena tinggal dengan opah baru (cik nora yang disangka opah upin & ipin). kadang2 dia marah. dia cakap "isham tak nak opah baru.. isham nak rumah ibu je"

alhamdulillah hari ni first day trial memang meraung sekejap. bila opah pujuk dia sekejap je dah ok. anak opah kak shasha dipanggilnya kak ros. whateverlah ilham janji ilham boleh terima baby sitter baru. malam sibuk nak suruh ummi hantar pergi rumah opah. hehehe.

berjaya juga tips yang kami guna pakai sejak ilham baby. tips bercakap dengan ilham sewaktu hendak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang ummi babah sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, dai budak sihat, dia budak pandai dan sebagainya kerana sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur. 

dalam kes ni, kami bergilir2 bercakap dengan dia yang ilham kena tinggal dengan opah baru, ibu tak jaga ilham lagi, ilham kena dengar cakap opah, tak mahu cerewet2, kadang2 dia mengangguk2 walaupun mata dah terpejam kadang2 mulut dia menjawab "baik ommi". selalunya ummi akan pesan, esok bangun awal, bangun senyum je tak payah nangis. bila esoknya dia bangun memang mood dia sangat baik dan ceria. alhamdulillah. jangan lupa baca surah Al-Fatihah, surah Al-Insyirah, ayat Kursi, Surah Taha (ayat 1-5) dan zikir "Ya Latiff" untuk melembutkan hati anak. bila teringatkan dia jangan lupa sedekahkan Al-Fatihah.

eh melarat pulak cerita ummi ni kan. saja share, mana tahu parents kat luar sana yang tak pernah mencuba tips ni kan. kami pun parents yang baru bertatih perlu menimba banyak lagi ilmu parenting bukan nak tunjuk bagus. apa yang baik yang kami tahu insya Allah akan kami kongsikan.

again.. "ONE PARENTING STYLE, DOESN'T FITS ALL"

apa yang kami buat tak semestinya sesuai dengan ibu bapa lain. betul tak? ;)