skema tak tajuk ummi ilham.. ekekeke..

semalam ronda2 Mr.DIY.. cari barang2 comel sikit.. budak kecil ni rambang mata tengok toys kat Mr. DIY.. kalau boleh semua dia nak.. paling tak boleh blah dia nak set memasak berwarna pink.. gulp! tapi bila pergi ke tempat lain.. dia cancel nak main masak2.. dia ambil pula bongkah2 ABC.. lepas tu jalan lagi terus rambang mata lagi.. nak play doh pulak.. lepas tu dia kata nak main badminton.. jadi babah belikan dia raket.. suka gila.. macam2 gaya main badminton hehehe.. dia suka time babah bawa dia pergi court tengok orang main badminton.. nak ikut jejak langkah babah le tu..

masuk kereta dah tak sabar2 nak bukak mainan.. pujuk punya pujuk.. buka bila dah sampai rumah dia pun setuju.. ummi baru le terangkan ikut warna.. tak sempat nak tengok lama.. semua warna dia dah gabungkan.. suka hati la ilham..

ni aktiviti malam tadi masa tinggal berdua..

buat ABC dan 123 guna clay tu.. lepas tu ummi suruh dia susun sendiri..

 

20141006_200613

 

syok sangat sampai terkangkang.. hahaha..

 

20141006_200630

 

tu hasil2nya.. clay dah jadi satu warna dah.. hasil kreativiti abang ilham menggabung warna..

 

20141006_200658

 

ni tengah khayal sambil tengok Hi-5.. ummi panggil dia tunjuk Hi-5.. cisss..

 

20141006_201704

 

ni hasil bila dia dah siap susun ikut abjad.. alhamdulillah.. setakat ni dari usia 2 tahun lebih ilham mampu baca ABC.. 123 sampai 10.. yang part belas2 tu belum berapa betul lagi.. masih dalam proses pembelajaran..

ummi rakam dia nyanyi lagu ABC.. amboiiii suka tengok diri sendiri menyanyi.. siap suruh repeat banyak kali..

 

20141006_202512

 

dah penat berABC dia sibuk dengan raket dia..

“ommi.. isham nak main badminton boleh?”

“ommi.. isham nak main bola kampung boleh?”

bola kampung read as bola sepak.. hehehe

malam semalam syok tengok video lagu “The Wheel On The Bus’’ sudahnya dia request..

“ommi.. isham nak naik bas.. nanti ommi beli bas eh?”

gulp! tercekik air liur ummi dengar dia suruh beli bas..hahaha.. tak apa ilham jangan risau.. ummi dan babah dah ada perancangan nak bawa ilham naik bas.. sabar ye..

alhamdulillah.. macam tak percaya kadang2 bila tengok ilham semakin membesar.. syukur alhamdulillah atas anugerah Allah ni walaupun ummi masih tak sempurna lagi mendidik ilham..

perkembangan di usia 3 tahun 3 bulan, dah boleh baca Alif Ba Ta, ABC, 123 dengan lancar alhamdulillah walaupun ada pelat2.. boleh baca doa makan, doa tidur, Al-Fatihah dah dapat tune nya cuma ada yang ikut versi ayam itik dia.. Winking smile yang penting pengaruh baik dari upin ipin.. ilham boleh baca doa berbuka puasa versi ayam itik juga lah ada pelat2 sikit.. alhamdulillah.. hari2 ummi doakan Allah fasihkan lidah ilham membaca Al-Quran dan hadith..

kalau ummi baca yasin dia pun sibuk nak baca.. tapi part “Salamun qawlan min rabbin raheem” dia marah ummi dia cakap.. “ommi.. tak baik cakap AKU..KAU tau”  ya Allah.. dia ingat satu kesalahan sebut QAW tu sama dengan KAU.. ilham.. ilham.. hehehe..

ahad lepas ummi terlayan cerekarama aidiladha TV3.. cerita “Acu” ummi macam biasa fefeeling sentap mak neng yatimah tengok ayah Acu meninggal semasa mngerjakan ibadah haji di Mekah.. berjurai2 air mata.. Crying face ilham tengok pun naik pelik..

“ommi.. nape?” sambil buat muka sedih..

“ummi sedih tengok cerita ni.. kesian dia ayah dia mati”

“ommi.. isham nak baca tu..” merujuk kepada sekumpulan orang kampung yang sedang baca yasin..

ok boleh.. nanti ummi ajar.. nanti kalau ummi dan babah mati ilham baca eh sedekahkan kat ummi dan babah”

“ommi tak payah mati.. babah je mati” kata diaaaaaaaaaaa koooo..

kecil hati babah nak oii..hahaha.. bila cerita kat babah gelak babah dengar..hehehe.. ummi yang tengah sedih terus hilang sedih..hahaha.. ilham.. ilham..

setakat ni perkembangan ilham.. memang dah macam2 la vocabulary dia.. ummi yang kurang ilmu ni ajar yang termampu.. kang cerita lebih2 nanti orang ingat kita nak menunjuk2 pulak kan.. perkembangan anak saya mungkin tak sama dengan perkembangan anak2 orang lain.. sekadar berkongsi.. Winking smile