Jom belajar mengendong bayi dengan cara yang betul.

Insya Allah saya juga akan turut serta esok (ahli tak aktif Smile with tongue out). Kali kedua saya menghadiri “Bengkel Babywearing” anjuran Selat Tebrau Babywearers.

Kali pertama masa usia Ilham setahun lebih, sempat la shopping sehelai pouch dan guna sekejap jek sebab baru dapat tahu pregnantkan Ilham Syakir.

Sekarang rebut peluang nak refresh balik ilmu2. Tak sabar nak gendong adik baby. Insya Allah.

Nak babywearing anak pun kena ada ilmu ye puan2 tuan2. Bukan main gendong jek. Nanti yang dapat kesan sampingannya kita dan si manja juga. Jadi biarlah sebelum menjebakkan diri dalam dunia babywearing ni, tambah ilmu dulu. Tak susah mana insya Allah. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Eceeeeehhh Winking smile

 

bengkel babywearing 101

 

Bengkel Babywearing 101

Tarikh: 18 Oktober 2014 (Sabtu)

Masa: 8am –5pm

Tempat: Dewan Sri Meranti, Kolej Rahman Putra, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.

 

Bagi parents yang tak berkesempatan atau tak sempat nak join secara berbayar, boleh hadirkan diri jam 4pm-6pm untuk slot bebas.

Doakan ummi ilham dapat lucky draw baby carrier yang best2 naaaaaaaaa. hehehe. Mana tahu rezeki adik baby esokkan. hehehe.

puhhh kiri.

puhhh kanan.

puhhh.

puhhh.

ekeke.

 

2013-01-05-14-45-44_deco

#throwback Babywearing Workshop @ Auditorium Ixora, Hospital Permai, Johor Bahru

 

masa ni first time berbabywearing. nampak tak muka ilham sedikit cuak. hehehe.

mudah2an niat nak berbabywearing untuk adik baby dimakbulkan. amin.

kalau ternampak saya esok, tegur2lah.

jumpa esok ya!