Dari Dapur Hernee Nazir

Potato Fritters Konon.. Sudahnya Jadi Jemput2 Ikan Bilis BerPotato :p

Thursday, October 23, 2014

lepas lunch semalam cakap dengan babah petang nanti kita makan potato fritters.
babah senyum2. boleh je kata dia. yang penting rangup.
senyum2 dia tu ada makna.
maknanya dia sindir saya.
kot2 potato fritters tak muncul sebab tertidur.
haisyhhhh tercabar mak.
maka pukul 5 turun ke dapur sediakan bahan2.
follow resepi kak azlita masam manis.
beriya resepi bagai ko hernee.
cucur kentang jek pun kan. hehehe.

20141022_174447

gambar bahan macam beriya..
booooo ummi ilham..hahaha
baru ku sedari tak ada tepung jagung.
baru nak ke kedai sekali si ilham bangun terus tak jadi pergi.
ahhhhhh buat je lah apa yang ada.

resepi sebenar. kredit blog Kak Azlita Masam Manis.
POTATO FRITTERS ~ CUCUR KENTANG
Resepi Oleh : Noraida Durani
Rujukan : Yatie

3 biji kentang ~ di sagat jangan halus sangat ya
4 sudu besar tepung jagung (bedal tepung gandum juga.. maka jadi le 7 sudu.. amekawww)
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang atau daun sup
1 tangkai cili merah
Sedikit lada sulah
Sedikit lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula
Gaul sebati
Panaskan minyak masak dalam kuali leper
Pastikan minyak benar-benar panas supaya kentang tak menyerap minyak
Sudukan sedikit adunan dalam kuali dan leperkan
Taburkan sedikit lada hitam
Biar garing baru terbalikkan sebelah lagi
Bila dah masak angkat dan letakkan atas tisu supaya serap minyaknya
Sedia di hidangkan bersama sos cili saya goreng guna kuali ajaib. bajet2 menjadi ajaib dan cantik macam kak ita punya potato fritters. kahkahkah. tapi sepanjang menggoreng hati terdetik. ape heyyyy nya yong lain benor ghope potato fritters teman ni? hahaha. nak tengok? malu pulak nak tunjuk. ekekeke. nahhhhhhhhh. jangan gelak.   20141022_183013

keluat sekali rupanya.
rasa boleh tahan sedap. ehh terpuji diri sendiri pulak.
oleh kerana takut diejek dek babah ilham seumur hidup.
maka terhasillah sejenis lagi menu.
jemput2 ikan bilis berpotato. hahaha.

20141022_183914

dengan harapan kot lah babah ilham pelik rupa potato fritters yang tak menjadi tu.
ada la back up jemput2 ikan bilis berpotato ni kan.
haaaa pandai tak i cover malu Smile with tongue out
inilah menu minum petang kami semalam.
nak ikut resepi tu boleh.
kak ita buat memang cantik jek.
tapi jangan follow hasil potato fritters saya.
okbai!
Nyah-Nyah

eh chup2.
tengok babah ilham laju jek makan.
sedap la tu kot! Thinking smile
 

You Might Also Like

0 Th♥ught (s)

Thanks 4 ur comment.. peace!

Advertise with us!