cerita semalam..

Allah nak bagi rezeki.. rezeki untuk anak2.. sikit ke banyak wajiblah bersyukur ye dok?

bulan lepas babah ilham join contest Safety Slogan & Logo anjuran HSE Department.. ummi’s ex-department.. eceeehhhh boleh gitu.. last minutes punya participation tu.. dia yang perah otak nak cipta logo, ummi tukang cari slogan dan penasihat aka tukang komen hehehe.. babah send 2 logo.. cuba nasib untung sabut timbul, untung batu tenggelam Winking smile

alhamdulillah dalam ramai2 yang masuk tu dapatlah babah ilham tempat.. tempat ke berapa diorang tak bagitau.. surprise katanya.. crew Safety Day call suruh bawa family.. kebetulan babah off day, jadi angkutlah sekali supporters kuat dia kan.. siapa lagi kalau bukan ummi dan ilham.. ummi memang tengah kerja  la kan.. join la sekejap launching ceremony..

opening dengan berarak bergong sempena CEO sampai..

 

20141001_095952

 

lepas tu persembahan silat dari budak2 sekolah mana entah..tetiba lupa Nyah-Nyah

 

20141001_102020

20141001_102240

 

next persembahan zapin budak2 SK Gelang Patah..

 

20141001_100003

 

budak kecik ni ternganga tengok.. bila ummi cakap ilham nak belajar silat? tak nak kata dia..

next.. ribbon cutting ceremony..

 

20141001_101716

20141001_101718

 

hekkkkkkk.. belon tersangkut di lelangit.. ekekeke~

next award presentation.. ingatkan award for best safety performer dulu.. rupanya “safety & slogan competition”

tup2.. diorang sebut nama babah ilham dapat tempat ke 3 untuk contest tu.. tapi tak tahulah logo yang mana menarik perhatian juri.. mula2 macam malu2 nak ikut naik stage.. ahhhhhhhhhh.. apa nak malu.. ummi dan ilham mesti support babah dalam apa jua keadaan..ecewahhhhhhh.. maka dengan muka tak malu ummi melenting naik atas stage Smile with tongue out

 

20141001_103551

20141001_103606

 

ahaaaaaaa.. kegemukan di situ.. jangan tenung lama2..

 

20141001_104245

20141001_104256

 

alhamdulillah babah dapat tempat ke 3.. dapat RM200 dan sijil.. jadilah kan.. usaha last minutes yang membuahkan hasil.. Smile rezeki Allah nak bagi dalam pelbagai bentuk..

 

20141001_104736

 

dah boleh pow babah ni.. jap ummi fikir nak request makan apa.. hehehe.. open table pelissss babah Winking smile

 

20141001_111345

 

lepas ronda2 booth.. diorang kerah kami 3 beranak bergambar sambil guna props yang ada.. macam kenal props ni.. ni semua dari Marine Services Department kan.. alamak ambil props deparment sendiri daaaa mana aci.. hehehe.. babah berangan jadi pilot jap Thinking smile

sebelum ummi sambung kerja, bawa budak kecil yang tak nak balik ni makan kat cafe..

 

20141001_113127

 

bukan main selera orang tua.. makan nasi lauk ayam masak lomak cili api.. lepas tu babah ambilkan sayur kangkung.. takde mananya dia sentuh sayur kangkung tu..hehehe.. dah habis seketul ayam dia nak lagi seketul.. hamboiiii.. “isham lapar la mi” kata dia.. hehehe ummi dan babah sharing is caring is loving fish & chip jek.. hehehe~

dah siap makan.. ummi nak masuk office.. dia tak nak balik..

“isham tak nak balik bah.. isham nak work ommi”

sambil bagi suara yang ala mendayu2 sedih bagi ummi dan babah cair hati kan..

sudahnya.. ummi ajak naik office kejap..

 

20141001_120659

 

haaaaaa suka dapat ikut ummi masuk office.. “isham nak work” ulang berkali2.. bertuah betul budak sorang ni.. tak lama duduk office ummi pujuk2 akhirnya dia nak balik ikut babah..

ummi cakap “ilham kena belajar pandai2 dulu baru boleh work”

“hmmmmmmm.. baik ommi” sedih benor suara dia..

ummi hantar sampai lift.. dia pesan..

“babai ommi.. jangan nakal2 tau.. isham nak ikut babah”

ewahhhhhhhh.. ummi pulak dia tak bagi nakal2.. hehehe..

 

itulah cerita rezeki kami semalam.. mudah2an semakin murah rezeki untuk anak2.. Send a kiss