Babywearing

Babywearing | Ummi Ilham @ Bengkel Babywearing 101 Anjuran Selat Tebrau Babywearers

Saturday, November 08, 2014

alhamdulillah.
dapat join bengkel babywearing buat kali kedua. kali pertama tak sempat aka vitamin M banyak jadi tak terupdate kat blog Nyah-Nyah


IMG_20141018_085810

terlambat sikit. sampai2 program dah mula.


20141018_090702


masa registration dapat goodies bag yang dalamnya berisi nota2 penting, roti, ubat gigi dari Southern Lion, note book UTM.

yang penting, ada lucky draw. saya suka! saya suka! Winking smile
lucky draw untuk workshop bernombor 85.

dan satu lagi luncky draw bernombor 110. khas sempena International Babywearing Week (IBW) dengan hadiah menarik SSC Pognae tajaan Sushibee Babywearing. fuhhhh. kalau dapat alangkah bestnya.

masa saya sampai dah sedang berlangsungnya ucapan alu2an dari Pengarah Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UTM – CTC). tak sempat nak dengar  kata2 aluan dari Presiden Selat Tebrau Babywearers, Dr. Nyazirah dan kata2 aluan pengarah program, Puan Yusnorsyazana.


20141018_090026

ni persembahan flash mob dari AJK Selat Tebrau Babywearers. siapa kata mengendong anak tak boleh menari? haaaa ibu2 ni dah buktikan. syok tengok.
antara booth2 yang mengambil bahagian.

20141018_103119

20141018_103126

20141018_103144

sempat snap dari jauh je la. malas nak bangun merayau hehe.
ada dua orang speaker khas untuk program ni dengan dua tajuk berbeza.
Puan Asha Hasnimy untuk first session pengenalan kepada babywearing.
Dr. Nyazirah untuk second session aspek keselamatan dalam mengendong bayi.

Sesi Pertama
** gambar Puan Asha terlupa snap Smile with tongue out

apa itu babywearing?
babywearing ialah menggendong bayi dengan menggunakan penggendong bay (baby carrier).
jom kita zoom in jenis2 penggendong.

Jenis2 penggendong:

1. Strechy Wrap
  • kain panjang yang memeri (seperti kain t-shirt)
  • sesuai digunakan untuk bayi baru lahir & ringan (kurang dari 8kg)
  • sesuai untuk 1 ikatan hadapan sahaja (pocket wrap cross carry – pwcc)
  • brand: boba wrap, moby wrap, haana wrap, wrapsody bali stretch etc.
2. Woven Wrap
  • sejenis kain panjang yang mempunyai saiz, gabungan benang (blend) dan anyaman (weave) yang berbeza
  • boleh digunakan dari bayi sehingga anak besar
  • sesuai untuk pelbagai ikatan (depan, belakang, sisi)
  • terdapat pelbagai jenis di pasaran
Saiz
Panjang
1
2.2 meter
2
2.7 meter
3
3.2 meter
4
3.7 meter
5
4.2 meter
6
4.7 meter
7
5.2 meter

3. Ring Sling
  • terdiri dari sepasang gelung aluminium dan sehelai kain panjang
  • sesuai digunakan dari bayi hingga anak besar
  • selalu digunakan untuk kendongan sisi (hip carry) atau hadapan (tummy to tummy)
  • terdapat pelbagai jenis jahitan yang menyambungkan gelung dan kain.
4. Pouch
  • kain panjang yang dijahit untuk membentuk gelung bagi membolehkan bayi duduk di dalamnya
  • merupakan pengendong yang menggunakan satu bahu untuk mengendong bayi
  • selalu digunakan unuk kendongan sisi (hip carry) atau hadapan (tummy to tummy)
5. Mei Tai
  • kain yang dijahit dan mempunyai beberapa panel
  • boleh digunakan untuk kendongan hadaan dan belakang
  • sesuai digunakan untuk bayi 4 bulan ke atas
6. Soft Structure Carrier (SSC)
  • pengendong bayi yang mempunyai padding, buckle waist dan shoulder straps
  • digunakan untuk mengendong secara hadapan atau belakang
  • sesuai untuk bayi 4 bulan ke atas
  • terdapat pelbagai jenis (full buckle, half buckle, reverse half buckle)
haaa ni credit to nota2 otai2 Selat Tebrau Babywearers
banyak sebenarnya kelebihan mengendong bayi / kanak-kanak ni untuk ibu dan bayi berdasarkan kajian saintifik.

antaranya:

bayi
  • kurang menangis
  • meningkatkan sistem imun & tumbesaran bayi
  • menghakang jangkitan telinga
  • bantu corak pernafasan
  • tidur lebih nyenyak
  • lebih belajar dan berinteraksi
  • perkembangan fizikal – aspek fisiologi dan perkembangan motor
ibu bapa
  • kesan fisiologi kepada ibu – meningkatkan hormon oxytocin
  • memudahkan penyusuan
  • respon kepada kehendak anak lebih cepat
  • memudahkan urusan harian
  • senaman dan meningkatkan kepadatan tulang
  • postur lebih baik, penggunaan tenaga, pengurangan penggunaan oksigen dan tahap kepenatan rendah

20141018_110002

Second session
bersama Dr. Nyazirah Wahab, Babywearing Educator, Presiden, Pengasas dan peneraju Selat Tebrau Babywearers sejak Disember 2012.
Dr. Nyazirah menerangkan “Aspek Keselamatan dalam mengendong bayi”

Konsep T.I.C.K.S

Tigh
In view at all times
Close enough to kiss
Keep chin off chest
Supported back

3S yang perlu di ambil berat
  • Support hips – M position in babywearing rules
  • Support spine – wearee mestilah dalam keadaan “C shape”
  • Support Neck/ Airways
notes!
FRONT FACING tak digalakkan ye. baby kemungkinan dapat hyper stimulation.
terlalu banyak benda nak absorb. untuk back carry pula sesuai untuk 5-6 bulan ke atas.

ni antara ilmu2 penting yang akan saya share lagi.
next aktiviti yang ditunggu2.
sesi praktikal nak test carrier yang ada Winking smile

sesi praktikal 1

Soft Structure Carrier (SSC) dan Ring Sling
puan siti norina sedang menerangkan penggunaan SSC. model adalah en.suami dan anak beliau Smile

SSC (Front Carry)

guna ayat saya jek lah ni ye. janji faham.


20141018_112228

pasangkan SSC pada pinggang wearer macam gambar kat atas tu dengan poket menghadap ke hadapan.


20141018_112305

pastikan kedudukannya selesa dan buckle di belakang.


20141018_112348

masukkan wearee ke dalam poket.
pastikan kedudukan anak dalam M position.
suka hati sebut poket kan. ke ada terms lain.
hentam sajalah labu.


20141018_112436

pastikan buckle atas juga dipasang untuk memastikan keselamatan anak terjaga.


20141018_112638

taraaaa.. dah siap.
eh tapi tetiba bertukar SSC lain pulak :p


back carry

20141018_113725

untuk yang baru2 nak belajar eloknya dalam keadaan duduk dengan ada alas belakang.
maksudnya ada tilam atau sofa ke apa untuk elak anak terjatuh ke belakang.

pasang SSC siap2 dipinggang. angkat anak ke bahagian pouch.
masukkan tangan ke bahagian penyandang. (adoi teruk bahasa).
pastikan kedudukan anak dalam M position.

20141018_113853

bucklekan dengan kemas.
dah siap boleh jalan2 ;)

ummi boleh tak mencuba pulak sarung SSC ni adoii rugi betul.

next..

Ring Sling

sebenarnya dari ilham dulu saya dah terliur tengok RS ni.
memendam rasa jek :p



20141018_114357

bila tengok dah memacam RS yang colourful ni hadoiii lagi excited.


20141018_114226

haa cik jah.. nak pilih yang mana satu :p

untuk sesi praktikal ring sling kami diajar oleh puan fuziah aka puji yang comel.


20141018_114603


mula2 letakkan RS di bahu, dengan gaya seperti di atas.
tangan kiri depangkan dan tangan kanan pegang ring di bahu kanan. (ikut nak kendong sebelah mana)


20141018_114615


masukkan yang sebelah kiri dati ke dalam ring.


20141018_114648

keluarkan semula dan susun elok2 untuk memudahkan kita untuk adjust nanti.


20141018_114936

pasangkan semula dibahu.


20141018_115018

angkat dan masukkan bayi ke dalam poket.


20141018_115035

pastikan bahagian bawah kain ditarik sedikit hingga ke pusat babyi untuk "seat" bayi.


20141018_115101

adjust kain dan kedudukan bayi.
pastikan kedudukan dalam M position.
tarik hujung kain di kawasan ring.
bahagian atas dan bawah.


20141018_115137

taraaaa. dah selamat dalam dakapan.
haippp baby pinjam memang macam ni. hehehe.
menjerit tengok ayah dia ada dekat sebelah.


20141018_115155

cara nak turunkan baby.
longgarkan bahagian ring.


20141018_115216

keluarkan baby ke bawah.


20141018_120129

ummi pun berangan ha.
tapi baby already in my tummy. hehehe.


20141018_120243

20141018_121625


lagi gambar2 test drive ;)


20141018_122311


settle praktikal sesi 1kami.
sempat snap gambar2 ibu bapa yang tengah test drive.
ada yang tengah berehat :)

sesi praktikal 2

wrap dan mei tai


20141018_142030

haaaaa lagi meriah wrap dan mei tai berbagai dorak dan warna.
geram je tengok.. sabar.. sabar.. :)

praktikal memaki wrap dan mei tai diajar oleh puan dot suhaini yang comel gak ni dan puan rafidah


langkah2 memakai wrap
(ada yang bergambar ada yang tiada gambar sebab ummi ilham terberangan Smile with tongue out)

Front Wrap Cross Carry (FWCC)


  • cari “middle marker” dan pastikan ia di tengah2 badan anda
  • lihat wrap sedikit demi seidkit ke atas, lebih kurang 1/2 daripada kelebaran wrap
  • letakkan di atas pinggang, bawa kedua2 hujung ke belakang
  • silangkan wrap di belakang
  • capai hujung wrap yang bersilang


  • 20141018_142202

    • kemudian tarik ke atas ala2 “butterfly”
    • pastikan wrap tidak terbelit di belakang anda
    • pastikan hadapan wrap mempunyai “poket” (seperti gambar di atas)

    20141018_142333

    • masukkan anak dari bawah poket dengan mencapai kaki anak terlebih dahulu
    • tarik wrap ke atas, menutup belakang anak anda sehingga kepala
    • kemudian tarik bahagian bawah wrap, menutupi punggung sehingga pusat anak anda

    20141018_142357

    • kemudian ketatkan wrap dengan menarik "rail" sebelah kanan dan kiri

    20141018_142412

    • kemaskam kedua-dua belah, kemudian tarik rail kiri dan kanan membentuk Y
    • silangkan di bawah punggung anak anda
    • selitkan di bawah kaki anak anda dan bawa ke belakang

    20141018_142422

    • ikat dengan kemas
    • pastikan anda membuat simpulan berganda (double knot)
    • untuk anak kecil, selitkan tuala kecil yang digulung
    • tuala kecil yang digulung dalam wrap memberi sokongan untuk leher anak anda

    20141018_142441


    • FWCC yang lengkap seperti gambar di atas


    20141018_142618


    • untuk mengeluarkan anak anda, masukkan tangan melalui sisi rail wrap kiri dan kanan
    • sambil mengeluarkan tangan pastikan anak dipegang 
    • tarik wrap ke bawah dan keluarkan anak anda


    20141018_143122


    adoiii nak juga kan test drive.
    snap depan cermin, tak puas hati.


    20141018_144013


    sudahnya suruh geng snapkan. hehe.
    comel tak? ekeke.

    Back Carry

    details cara2 back carry nanti saya share ye.
    model wearee untuk back carry ni sangat sporting.
    relax jek dia kan walaupun yang carry bukan mama dia. hehe.


    20141018_144518


    20141018_144538


    20141018_144616


    20141018_144716


    tamatlah sesi praktikal.
    banyak sangat ilmu2 yang saya belajar hari tu.
    next sesi cabutan bertuah dan bergambar beramai2.

    hancur harapan nak dapat lucky draw ring sling mahupun SSC :(


    20141018_170054


    ni gambar beramai2.
    saya snap gambar geng2 yang ada.




    alhamdulillah bertambah lagi sijil ummi ilham.


    20141018_191824


    rezeki lucky draw yang saya dapat.
    dapat sehelai shawl. alhamdulillah.

    habis program, menanti babah ilham datang jemput balik.
    jenuh juga la kan nasib baik dapat cuci mata kat booth2 yang ada.

    bila babah sampai, bergegaslah terboyot2 ke kereta.
    buka je pintu kereta dah terkejut beruk tengok budak cenonit ni pakai topeng upin.
    bertuah betul. lepas dia gelak2kan ummi yang terkejut.


    IMG_20141018_171927


    terkejut tau! hehehe.

    alhamdulillah sangat2 dapat sedut ilmu babywearing dengan geng2 STB yang sangat friendly.
    mudah2an ada rezeki saya kali ni nak bw adik baby ilham.
    sekarang ni dalam proses mensurvey ring sling harap2 berjumpa dengan yang berkenan di hati.
    ingat ye keselamatan sepanjang bw amatlah penting jangan diabaikan.

    ok untuk info tambahan berkaitan babywearing, boleh jengah:

    "happy babywearing all"


    p/s siap juga entry ni kan. punyalah pending draft berhari2..akhirnya settle.. jom tidur ;)

    You Might Also Like

    0 Th♥ught (s)

    Thanks 4 ur comment.. peace!

    Advertise with us!