saja je nak tayang lauk "sayur chap chai cincai boncai" ni.
oleh kerana kena mengurangkan sukatan nasi.
makan ummi kena la makan sayur secara berlebihan.

amikkkk.
hari ahad semangkuk masak sayur.


20141102_122507


sayur chap chai cincai boncai ummi ilham style ;)

bahan2:

sawi bak choy
carrot
cendawan tiram
baby corn
celery
kobis bunga
lada sulah
tepung jagung
garam secukup rasa
bawang merah dan bawang putih blender
minyak masak

** kuantiti sayur mayur tu ikut suka hati la kan.

cara2:

tumis bawang putih dan bawang merah yang siap diblender. masukkan lada sulah ikut kepedasan. kemudian masukkan sayur mayur tadi dan sedikit air. masukkan garam secukup rasa dan akhir sekali masukkan tepung jagung yang dibancuh dengan air untuk memekatkan kuah chap chai.

sedia untuk dimakan! :)